Harian Metro

RUMAH PUTUS DUA

„ Segala perabot, barang elektrik menggelong­sor ke bawah cerun

- Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

“Bahagian dapur rumah kami ‘putus’ sebelum keseluruha­n binaan tergolek ke bawah tebing cerun,” ujar pemilik rumah, Matthew Lim, 41.

Dalam kejadian jam 5.30 petang kelmarin, dapur rumahnya menggelong­sor jatuh susulan kejadian runtuhan tebing di Lorong Pisang 1, Taman Shanghai, Jalan Klang Lama, di sini.

Pemilik rumah dan isteri bagaimanap­un bernasib baik kerana mereka tidak berada di rumah ketika itu.

Matthew berkata, ketika kejadian, dia dan isteri berada di tempat kerja masing-masing sebelum menerima panggilan telefon daripada jiran memaklumka­n kejadian berkenaan.

“Ketika kejadian, hanya anjing belaan kami berada di dalam rumah namun anjing kami itu terselamat. Bagaimanap­un, keseluruha­n bahagian dapur rumah kami terjatuh ke bawah tebing cerun.

“Bahagian dapur berkenaan adalah struktur tambahan. Semua barang di bahagian itu seperti dapur, peti ais, meja makan dan sebagainya musnah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Matthew berkata, sejak Julai lalu, dia mendapati terdapat kesan retakan di bahagian dapur rumahnya dan retakan itu semakin besar.

“Tidak sangka kejadian hujan lebat petang semalam (kelmarin) meruntuhka­n keseluruha­n bahagian dapur,” katanya.

Dia yang tinggal di rumah berkenaan sejak empat tahun lalu berkata, pihak berkuasa memintanya supaya berpindah untuk sementara waktu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? TIGA rumah rosak dalam kejadian tanah runtuh di Taman Shanghai Jalan Klang Lama. KERJA mengorek tanah di tapak pembinaan di belakang deretan rumah teres di Taman Shanghai dipercayai menjadi punca kejadian runtuhan terbabit.
TIGA rumah rosak dalam kejadian tanah runtuh di Taman Shanghai Jalan Klang Lama. KERJA mengorek tanah di tapak pembinaan di belakang deretan rumah teres di Taman Shanghai dipercayai menjadi punca kejadian runtuhan terbabit.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia