Harian Metro

Seleweng baja bersubsidi RM350,000

-

Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 190,000 beg baja bersubsidi bernilai RM350,000 dalam dua serbuan di Kampung Simpang Kuar, Alor Setar, malam kelmarin.

Dalam serbuan pertama jam 10.30 malam, dua pekerja lelaki warga asing berusia 30-an ditahan, diikuti penahanan pemilik gudang berusia 40-an ketika serbuan kedua di kawasan berdekatan.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, kejayaan itu hasil Op Bersepadu PPM serta

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah.

“Kami menerima maklumat dari Unit Risikan Marin memaklumka­n satu aktiviti penyelewen­gan memproses baja bersubsidi giat dilakukan di premis berhampira­n sungai di kampung terbabit.

“Serbuan pertama berjaya menahan dua lelaki warga asing dan siasatan ke atas kedua-dua suspek membawa kepada penahanan pemilik premis iaitu seorang lelaki tempatan di kawasan berdekatan,” katanya.

Rosman berkata, pihaknya merampas 60,000 beg baja bersubsidi dalam serbuan pertama, diikuti 130,000 beg lagi dalam serbuan kedua dengan nilai rampasan keseluruha­n RM350,000.

“Siasatan mendapati baja dibeli dari petani tempatan yang sepatutnya digunakan dalam sektor pertanian, tetapi diseleweng dengan cara dibungkus semula sebelum dijual di Johor, Pahang dan Selangor.

“Ketiga-tiga suspek dibawa balik ke pejabat KPDNHEP Kedah di Alor Setar untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia