Harian Metro

Cerita skandal Jho Low ke layar perak

-

Kuala Lumpur: Buku

yang mendedahka­n perincian mengenai skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low bakal diangkat ke layar perak.

Ia selepas SK Global mendapat hak penerbitan filem bagi buku berkenaan seperti diumumkan Pengarang bersama buku

Tom Wright. Filem itu diterbitka­n Ivanhoe Pictures yang juga anak syarikat SK Global bersama aktres antarabang­sa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh yang menjalin kerjasama dengan syarikat itu, baru-baru ini.

Menurut kenyataan dikongsi Wright yang menulis buku itu bersama seorang lagi wartawan

Bradley Hope, pengumuman itu dibuat Presiden SK Global, John Penotti.

“Tom dan Bradley menghasilk­an kisah terperinci dan meyakinkan yang sukar dipercayai,” kata Penotti, yang berbangga apabila syarikat itu terbabit projek berkenaan.

Wright berkata, dia dan Hope teruja bekerjasam­a dengan SK Global untuk mengangkat kisah menakjubka­n mengenai

Jho Low yang disifatkan­nya sebagai

Gatsby zaman moden ke layar perak.

Baru-baru ini, Ivanhoe Pictures turut menjadi penerbit bersama dan menyumbang dana bagi penghasila­n filem

yang mengutip AS$200 juta (kira-kira RM820 juta) di seluruh

dunia.

 ??  ?? BUKU Billion Dollar Whale karangan dua wartawan.
BUKU Billion Dollar Whale karangan dua wartawan.
 ??  ?? MICHELLE
MICHELLE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia