Harian Metro

ANGKARA CHARLIE

- Amin Ridzuan Ishak cnews@nstp.com.my

Dua kanak-kanak mangsa gigitan semut bengkak dan bernanah pada mulut, mata

Bayi berusia 11 bulan bengkak mulut selepas digigit semut charlie ketika tidur di rumahnya di Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, minggu lalu.

Gigitan semut itu yang nama saintifikn­ya

turut menyebabka­n mulut bayi berkenaan, Muhammad Iffat Iskandar Mohd Babudin bernanah dan keadaan terbabit mengakibat­kan dia sukar minum susu selama beberapa hari.

Ibunya yang juga anggota Unit Semboyan dan Komu- nikasi IPD Pekan, Koperal Nurul Nazirah Zainol berkata, anaknya itu dipercayai digigit semut charlie kira-kira jam 12 tengah malam, Ahad lalu, ketika tidur di rumah mereka di tingkat empat kompleks perumahan itu.

“Kami menyedarin­ya digigit semut charlie kira-kira jam 3 pagi selepas dia mula berasa gatal menyebabka­nnya tidak selesa. Kami membawanya ke Hospital Pekan dan menerima rawatan biasa.

“Pada mulanya keadaannya agak membimbang­kan, mulutnya bengkak dan bernanah menyebabka­nnya susah hendak minum susu namun sekarang keadaan bertambah baik. Bahagian bengkak sudah mulai kering,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Turut menerima nasib sama ialah jirannya di tingkat enam iaitu kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sembilan bulan, Adriella Angel Stenley yang turut digigit semut charlie di matanya pada malam sama namun keadaannya juga ber- tambah baik.

Gambar Muhammad Iffat dan Adriella Angel tular di media sosial yang meminta ibu bapa berhati-hati dengan gigitan semut charlie kerana ia boleh memberi kesan seperti bengkak, sakit dan gatal terutama kepada kanak-kanak.

Semut charlie lazimnya boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang dan hutan. Ia mempunyai toksin berbisa dipanggil pederin yang boleh menyebabka­n kulit menjadi merah kehitaman, pedih, sakit dan gatal.

“Saya difahamkan Jabatan Kesihatan Daerah Pekan akan melakukan semburan kabus bagi membunuh semut charlie pada malam ini. Semburan bukan saja dalam rumah tetapi juga kawasan sekeliling,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia