Harian Metro

PAGAR 4 NEGERI

-

Yahya berkata, sepanjang 14 hari operasi bermula 1 Ogos lalu, pihaknya merampas rokok termasuk cukai bernilai RM20,721,800 dan arak RM3,537,298.85.

Beliau berkata, pelabuhan utama iaitu Pelabuhan Utara, Pelabuhan Barat (PKFZ), Pelabuhan Kontena

Butterwort­h Utara (NBCT), Dermaga Air Dalam Butterwort­h, Pelabuhan Pasir Gudang, Kompleks Sultan Abu Bakar Tanjung Kupang, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Pelabuhan Tanjung Manis (PTM) menjadi sasaran pihaknya sepanjang operasi itu.

Zulkifli berkata, sepanjang Op Pagar, pihaknya memeriksa 4,203 kenderaan termasuk kontena yang dibawa masuk menerusi lapan pelabuhan berkenaan.

“Hasilnya, kami mengesan 14 kes dan 12 kertas siasatan dibuka manakala tiga individu ditahan bagi membantu siasatan.

“Kami mengesan enam kes membabitka­n, lima kes minuman keras (arak) dan tiga lain-lain kes,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti penyeludup­an diminta menyalurka­nnya kepada

JKDM.

Harian Metro pada 30 Ogos lalu mendedahka­n sindiket penyeludup­an rokok berlesen dikesan berselindu­ng di sebalik kegiatan mengekspor­t rokok ke negara jiran dengan menjadikan pelabuhan Pulau Pinang sebagai hab ‘lubuk emas’ bagi meraih keuntungan puluhan juta ringgit setahun.

Untuk rekod, rokok yang diimport dari beberapa negara seperti Taiwan, Vietnam, Kemboja dan Indonesia itu dikatakan akan dihantar ke Hatyai, Thailand menggunaka­n laluan darat seperti Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Padang

Besar, Perlis.

Namun, dengan bantuan segelintir pegawai penguat kuasa yang belot dan ejen perkapalan, rokok sepatutnya keluar dari negara ini dilambakka­n di pasaran tempatan.

Setakat ini pasaran rokok seludup menguasai hampir 10 peratus jualan keseluruha­n bahan tembakau bagi pasaran di negeri utara Semenanjun­g Malaysia.

Bagi mengaburi mata pihak berkuasa, rokok berkenaan turut dipasarkan di kedai bebas cukai di sekitar sempadan di utara Semenanjun­g Malaysia dan Pulau Langkawi.

Sindiket ini mendaftark­an perniagaan mereka dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) malah melantik pengerusi dan ahli lembaga pengarah membabitka­n individu tertentu, sekali gus beroperasi secara sah.

Walau bagaimanap­un kewujudan lompang dan budaya ‘kawtim’ mampu mengelak daripada dikenakan cukai, mereka ini aktif menjalanka­n kegiatan haram berkenaan.

Dalam erti kata lain, cukai yang dibayar tidak memadai atau setimpal dengan nilai sebenar mahu dielak.

Kaedah ataupun modus operandi terkini itu digelarkan sindiket dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebagai borang terbang.

„ Kastam lancar gerakan 14 hari selamat cukai bernilai RM20 juta

 ??  ?? KASTAM tumpu pelabuhan utama di empat negeri untuk sekat penyeludup­an arak dan rokok.
KASTAM tumpu pelabuhan utama di empat negeri untuk sekat penyeludup­an arak dan rokok.
 ??  ?? PEGAWAI kastam memeriksa treler bagi memastikan cubaan membawa masuk rokok
dan minuman keras tidak sah dipatahkan.
PEGAWAI kastam memeriksa treler bagi memastikan cubaan membawa masuk rokok dan minuman keras tidak sah dipatahkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia