Harian Metro

‘Kita ikut SOP’

-

Klang: Penahanan lima kontena disyaki mengandung­i barangan terlarang di Pelabuhan Klang kemudian dilaporkan hilang oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Pengarah JKDM Datuk Seri Subromania­m Tholasy berkata, sewaktu penahanan dilakukan kontena berkenaan masih berada di bawah bidang kuasa pihak pengurusan pelabuhan.

“Kami memang sudah tahan (kontena) itu kerana disyaki mengandung­i barangan terlarang. Tapi kami belum tarik lagi untuk dibuka bagi tujuan pemeriksaa­n dan ia didapati hilang

(sewaktu di pelabuhan).

“Susulan itu laporan dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kami serahkan kepada mereka untuk jalankan siasatan. Kastam juga bekerjasam­a dengan PDRM dalam kes ini.

“Kes masih dalam siasatan polis dan kami tunggu hasilnya. Saya tak boleh ulas dengan lebih lanjut kerana ia akan mengganggu siasatan,”

katanya pada sidang media di Wisma Kastam Pelabuhan Barat, di sini, semalam.

Hadir sama pada sidang media itu Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat.

Sementara itu, Mazlan berkata, siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengesan kontena berkenaan dan individu terbabit dalam kes itu susulan laporan diterima daripada JKDM.

“Sehingga kini kontena dilaporkan hilang itu masih belum ditemui dan siasatan sedang giat dijalankan,” katanya.

Kelmarin Harian Metro melaporkan kartel rokok seludup cukup berani apabila merompak semula kontena yang disita JKDM di Pelabuhan Klang, membabitka­n barangan bernilai RM3.6 juta.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, kelmarin.
LAPORAN Harian Metro, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia