Harian Metro

WANITA TERHEBAT

-

kepadaku anak-anak daripada wanita-wanita lain.” (Riwayat Ahmad)

Mengapa terlalu besar cinta Rasulullah SAW kepada Khadijah?

1. Khadijah adalah cinta pertama Nabi. Penyair berkata: pahala orang yang menjalanka­nnya.” Dan keistimewa­an yang dimiliki Khadijah ini juga dimiliki Abu Bakar As-Siddiq berkaitan dengan pahala kaum lelaki yang beriman selepas Abu Bakar. Dan tidak ada yang mengetahui besarnya pahala yang diraih Abu Bakar dan Khadijah kerana keistimewa­an ini kecuali Allah SWT.” (Fathul Baari 7/137)

4. Khadijah sanggup berkorban segala hartanya demi menjalanka­n usaha dakwah.

5. Khadijah menjadi penenang tatkala suaminya gelisah.

Ketika Nabi Muhammad SAW pertama kali menerima wahyu yang disampaika­n malaikat Jibril dalam bentuknya yang sangat dahsyat, Baginda dalam ketakutan dan segera turun dari gua Hira’ menuju ke rumah Khadijah.

Baginda berkata: “Aku khuatirkan diriku.” Maka Khadijah mententera­mkan hati suaminya seraya berkata dengan perkataan indah yang diabadikan dalam buku hadis: “Sekali-kali tidak, bergembira­lah! Demi Allah sesungguhn­ya Allah selamanya tidak akan pernah menghina kamu. Demi Allah sungguh engkau menyambung tali silaturahi­m, jujur dalam berkata-kata, membantu orang yang tidak mampu, engkau menolong orang miskin, memuliakan (menjamu) tetamu dan menolong orangorang yang ditimpa musibah.” (Riwayat Al-Bukhari)

6. Khadijah adalah ibu yang berpenat lelah demi anak-anaknya.

Abu Hurairah berkata: Jibril mendatangi Nabi lalu berkata, “Ya Rasulullah, Khadijah datang membawa tempayan berisi kuah daging atau makanan atau minuman, maka jika dia tiba sampaikanl­ah kepadanya. Salam daripada Rabnya dan daripadaku serta khabarkanl­ah kepadanya dengan sebuah rumah di syurga daripada mutiara yang tidak ada suara keras (hirukpikuk) di dalamnya dan juga tidak ada keletihan.” (Riwayat Al-Bukhari)

Ganjaran pahala sesuai dengan perbuatan, as-Suhaili berkata: “Tatkala Khadijah diseru oleh suaminya untuk masuk Islam, maka serta-merta beliau taat dan tidak menolak sehingga tidak perlu menjadikan suaminya untuk mengangkat suaranya dan tidak perlu keletihan.

Bahkan, Khadijah menghilang­kan seluruh keletihan suaminya dan menghilang­kan rasa keseoranga­n suaminya serta meringanka­n seluruh kesulitan suaminya, maka sangat sesuai jika rumahnya di syurga yang diberi khabar gembira oleh Allah memiliki sifatsifat yang sesuai.” (Fathul Baari 7/138)

Khadijah dijanjikan sebuah rumah iaitu istana di syurga kerana beliau adalah yang pertama sekali membangunk­an rumah Islam, tatkala tidak ada sebuah rumah Islam pun di atas muka bumi. (Lihat Faidhul Qodiir 2/241)

Sebahagian ulama menyatakan, Khadijah diberi balasan istana di syurga yang tidak ada rasa letih sama sekali kerana beliau letih dalam mendidik anakanakny­a.

Maka, sesuai jika dibalas dengan syurga yang penuh dengan istirahat tanpa kelelahan sedikitpun. (Kasyful Musykil)

Khadijah dipanggil pulang menghadap Allah tiga tahun sebelum Nabi berhijrah ke Madinah. Baginda sangat sedih atas kewafatan isterinya yang tersayang itu. Sehinggaka­n, ahli sejarah menamakan tahun kewafatan Khadijah sebagai ‘Tahun Kesedihan’. Selepas perginya Khadijah, kecintaan Nabi tetap tersemat di hatinya. Baginda sering menyebut nama Khadijah. Baginda juga memberikan hadiah kepada sahabatsah­abat Khadijah.

Aisyah berkata: “Aku tidak pernah cemburu pada seorang pun daripada isteri-isteri Nabi seperti kecemburua­nku kepada Khadijah. Aku tidak pernah

„ Khadijah baik budi pekerti cinta pertama Nabi

melihatnya, tetapi Nabi selalu menyebut namanya. Kadang-kadang Nabi menyembeli­h seekor kambing, kemudian Baginda memotongny­a lalu mengirimka­nnya kepada sahabat-sahabat Khadijah. Kadang-kadang aku berkata kepadanya, “Seakanakan di dunia ini tidak ada wanita yang lain kecuali Khadijah.” Lalu Nabi berkata: “Dia itu wanita yang demikian dan demikian dan aku memiliki anak-anak daripadany­a.” (Riwayat al-Bukhari)

Jelas kepada kita, seorang isteri menjadi istimewa di hati suaminya bukan semata-mata kerana dia cinta pertama, tetapi kerana peribadiny­a yang berakhlak mulia, berkata-kata yang baikbaik dan tidak meninggika­n suara.

Penulis pendakwah dan penulis buku

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia