Harian Metro

Air perlu kena pada anggota wuduk

-

liat atau duri. Jika perkara itu disedari berlaku pada diri seorang imam, makmum tidak boleh mengikutny­a solat di belakangny­a walaupun imam itu tidak menyedarin­ya.

Begitu juga jika terdapat najis yang jelas kelihatan pada anggota yang zahir. Jika diketahuin­ya (atau diberitahu) selepas mengerjaka­n solat, dia dikehendak­i mengulangi solat itu atau mengqadany­a.

2. Sekiranya terdapat mana-mana anggota wuduk terkena duri lalu patah di dalamnya dan tidak dapat dilihat atau dirasai, adakah sah wuduk dalam keadaan demikian?

Sah wuduk walaupun terdapat duri di dalam mana-mana anggota wuduk. Bahkan, hendaklah dia membasuh di sekeliling tempat yang kena duri itu kerana di kawasan itu dinamakan kawasan zahir manakala kawasan dalamnya yang ditutupi duri itu dikira sebagai kawasan batin.

Bagaimanap­un, jika duri itu dicabut dan meninggalk­an kesan lubang, ia hendaklah dibasuh ketika mengambil wuduk.

3. Adakah berdosa sekiranya seseorang tidur selepas masuknya waktu solat fardu?

Jika seseorang tidur selepas masuk waktu solat dan pada kebiasaann­ya tidurnya itu akan menghabisk­an waktu solatnya tetapi kali itu dia percaya akan terjaga dan mengerjaka­n solat dalam waktunya, maka tidaklah menjadi haram ke atasnya untuk tidur sekiranya dia yakin akan terjaga sebelum habis waktunya.

Demikianla­h menurut pendapat Ali Syubramuls­i.

4. Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Durrah al-Fakhirah ada menyebut, Allah SWT tidak akan menerima solat daripada orang yang ada atasnya solat dan tidak akan diterima solat daripada orang yang ada atasnya kain yang haram. Apakah maksud kata-kata itu?

Maksud kata-kata itu ialah seseorang seharusnya berasa bersungguh­sungguh dalam melakukan ibadat solat iaitu melakukann­ya dengan cara lebih sempurna kerana Allah tidak akan menerima solat orang yang melakukan atas rupa bentuk solat semata-mata tanpa mengambil kira segala syarat sah seperti bersuci (taharah) dan menutup aurat.

Bagi maksud tidak akan diterima daripadany­a jika terdapat atasnya kain yang haram pula ialah dibimbangi solat seseorang itu tidak akan diterima Allah SWT jika pakaian yang dipakai ketika solat itu daripada pakaian yang haram.

Ini kerana orang yang memakai kain yang haram seolah-olah tidak memakai pakaian. Maka, tidak ada solat baginya dan tidak ada ganjaran pahala.

Sumber: Furu’ al-Masa’il Wa Usul al-Wasa’il oleh Maulana al-Syeikh Daud Abdullah al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia