Harian Metro

LELAKI ‘USIK’ LELAKI

- Mohd Firdaus Ibrahim dan Garret Dawum am@hmetro.com.my

Aksi lelaki mengorat (memikat) lelaki adalah perbuatan janggal dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Namun aksi lelaki mengorat kaum sejenis menjadi perkara biasa di beberapa buah pusat hiburan di ibu kota yang menjadi lokasi golongan gay berkumpul untuk mencari teman tidur atau memuaskan nafsu pelik mereka.

Pada kebiasaan mereka akan memesan minuman keras, menikmati persembaha­n dan mengorat lelaki yang memenuhi cita rasa masing-masing.

Selepas berkenalan dan mendapat persetujua­n bersama, pasangan songsang ini akan bermalam serta bermesra di hotel atau rumah.

Difahamkan pusat hiburan berkenaan bukan saja menjadi tumpuan lelaki songsang dalam kalangan orang tempatan, malah turut dikunjungi warga Eropah termasuk pelancong.

Menurut sumber, terdapat puluhan pusat hiburan yang menjadi tumpuan golongan gay sekitar ibu kota.

Namun, dua darinya amat popular dalam kalangan lelaki songsang kerana sudah lama beroperasi.

Sumber berkata, pusat hiburan berkenaan juga menjadi sebutan di seluruh dunia berikutan tindakan lelaki songsang terbabit berkongsi aktiviti dijalankan mereka di media sosial.

“Sebab itu pusat hiburan terbabit amat popular. Lagipun ada pertunjuka­n seperti cat walk, nyanyian dan tarian membabitka­n golongan berkenaan yang menjadi tarikan utama.

“Apa pun, orang awam janganlah salah faham kerana hasil risikan mendapati golongan itu tidak pernah melakukan aktiviti seks songsang di dalam premis terbabit. Dalam pengetahua­n kami memang tak ada penawaran perkhidmat­an seks.

“Sebaliknya pusat hiburan ini hanya menjadi lokasi pertemuan dan ‘mengorat’ pasangan sejenis saja. Mereka datang untuk minum, berkenalan dan bersosial sebelum pulang ke hotel atau rumah masing-masing atas persetujua­n bersama,” katanya.

Menurutnya golongan gay dari Eropah mahu memikat orang tempatan berikutan itu mereka berkunjung ke pusat hiburan berkenaan untuk cari atau tukar pasangan.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai bidang kuasa untuk menahan atau mengambil tindakan terhadap golongan berkenaan.

“Benar mereka (polis) boleh serbu pusat hiburan berkenaan, tapi atas kesalahan seperti melanggar syarat lesen saja. Pelanggan yang disyaki berada di bawah pengaruh dadah pula diarahkan supaya menjalani ujian saringan air kencing.

“Mengikut undang-undang Malaysia tiada istilah pelacuran antara sama jantina. Namun, jika ada pasangan melakukan hubungan sejenis (lelaki dan lelaki) polis siasat atas kesalahan melakukan seks diluar tabii, tapi bukan pelacuran.

“Kalau pasangan sejenis ini bercumbu di tempat awam

Kuala Lumpur: “Kelab ini menjadi tempat kami berjumpa, cari pasangan dan berhibur saja tak lebih daripada itu.

“Kalau jumpa pasangan kena dengan ‘taste’ (cita rasa) kami akan bermalam di hotel atau pulang rumah,” demikian pengakuan selamba seorang lelaki songsang yang juga pelancong asing berasal dari Mexico.

Lelaki itu ditemui ketika tinjauan wartawan selama dua jam di sebuah pusat hiburan di ibu kota, di sini, menjadi lokasi golongan gay berkumpul.

Penelitian dilakukan mendapati premis itu hanya dikunjungi kira-kira 50 pelanggan termasuk wanita. Majoriti pelanggan pula adalah dalam kalangan warga asing yang ditemani pasangan sejenis warga tempatan.

Dia yang memperkena­lkan diri sebagai Marcus, berusia

„ Kelab gay di ibu kota jadi tumpuan pelancong

asing cari peneman

pun polis boleh ambil tindakan juga kerana melakukan kelucahan melampau,” katanya menjelaska­n bidang kuasa PDRM.

Menjawab soalan wartawan, sumber itu berkata, dia tidak menolak kemungkina­n ada golongan gay menawarkan khidmat seks luar tabii kepada pelanggan di pusat hiburan popular itu namun sukar untuk dibuktikan dan dilakukan atas kapasiti peribadi. “Mereka (gay) sangat mengenali khalayak atau kumpulan sejenis. Malah, tawaran seks itu bukan dilakukan secara terbuka...cuma sesama mereka saja,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN di dalam sebuah kelab gay di ibu kota sewaktu tinjauan Harian Metro.
KEADAAN di dalam sebuah kelab gay di ibu kota sewaktu tinjauan Harian Metro.
 ??  ?? SEBILANGAN kelab menjadi popular melalui media sosial memudahkan ia dikunjungi pelancong asing.
SEBILANGAN kelab menjadi popular melalui media sosial memudahkan ia dikunjungi pelancong asing.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia