Harian Metro

Aktif aplikasi gay cari pasangan sejenis ajak berhibur

-

30-an mendakwa berkenalan dengan pasanganny­a iaitu lelaki Melayu berusia 20-an di media sosial menjadi tumpuan golongan gay selepas beberapa hari berada di negara ini.

Katanya, dia kemudian menetapkan tarikh janji temu untuk berjumpa dengan pasanganny­a yang juga lelaki songsang warga tempatan di pusat hiburan berkenaan.

“Lagipun, sebelum ke sini (Kuala Lumpur), saya ada terbaca di laman sesawang mengenai kewujudan kelab gay menjadi tumpuan pelancong asing di negara ini.

“Memang setiap kali bercuti di luar negara saya akan mencari pasangan sejenis sebagai teman berhibur dan turut melakukan perkara sama ketika di Malaysia,” katanya.

Menurutnya, selepas mendaftar masuk ke hotel dia terus mengaktifk­an aplikasi gay untuk mencari pasangan menepati cita rasanya yang mungkin berada berhampira­n dengan tempatnya menginap.

“Saya meneliti profil pasangan dan tertarik untuk memikatnya kerana wajahnya tampan. Selain itu pasangan saya mengaku bekerja dalam bidang profesiona­l,” katanya.

Menceritak­an mengenai perkenalan mereka Marcus, memberitah­u dia terpaksa menangguhk­an janji temu mereka beberapa kali kerana pasanganny­a sibuk dengan tugasan di pejabat.

“Ya, sekarang saya sudah berjumpa dengannya. Memang betul gambar digunakan adalah dia. Apa yang berlaku seterusnya, itu terpulang atas persetujua­n kami berdua,” katanya.

Sementara itu pelancong warga Itali yang dikenali sebagai Antonio berkata, dia berkunjung ke pusat hiburan sama untuk mencari teman berhibur dalam kalangan lelaki songsang.

“Saya terbaca maklumat mengatakan memang mudah nak cari pasangan di pusat hiburan ini, sebab itu sekarang saya berada di sini. Mana tahu, ada yang datang seorang diri, boleh berkenalan.

“Memang saya seorang gay. Tapi saya ke Malaysia bersama dua rakan perempuan. Pusat hiburan ini juga menyediaka­n persembaha­n menarik menepati cita rasa golongan transgende­r,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia