Harian Metro

NAK SERANG JOHOR BAHRU

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@nstp.com.my

Dua lelaki mengaku terbabit kegiatan pengganas dihukum penjara tiga tahun

Dua lelaki dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, atas pertuduhan membabitka­n diri dalam persediaan melakukan perbuatan pengganas iaitu merancang menyerang sebuah bangunan di Johor Bahru, tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhka­n hukuman itu terhadap juruteknik, Nik Muhamad Zaini Nik Hassan, 37, dan pengawal keselamata­n, Ismadi Md Nor@Ismail, 30, selepas kedua-duanya menukar pengakuan kepada bersalah pada prosiding sebutan kes itu.

Mahkamah memerintah­kan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 27 Februari lalu.

Sebelum menjatuhka­n hukuman, Azman berkata, mahkamah berharap tertuduh memikirkan keutamaan kepada keluarga selepas mereka keluar dari penjara.

“Kamu diberi peluang kedua untuk hidup lebih fokus. Ambil perkara ini secara positif, tuhan masih sayangkan kamu sebab itu kamu ditangkap,” katanya.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama membabitka­n diri dalam persediaan melakukan perbuatan pengganas iaitu menyerang bangunan beralamat No 1, Jalan Abu Bakar di Johor Bahru, Johor. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kedai makan di Jalan Kemboja, Kampung Dato’ Sulaiman Menteri, Johor Bahru di sini, antara 11 Disember 2017 dan 31 Januari lalu.

Pertuduhan terhadap Nik Muhamad Zaini dan Ismadi yang diwakili peguam Sukhaimi Mashud dikemukaka­n mengikut Seksyen 130JD(1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh Ismail berkata, siasatan awal mendapati lori terbabit yang membawa muatan batu forselin dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian pemandu lori gagal mengawal tahun dan denda.

Terdahulu, Sukhaimi merayu mahkamah memberikan hukuman ringan bermula dari tarikh tangkap ke atas kedua-dua anak guamnya.

“Pembabitan tertuduh minimum. Biarpun ada rancangan namun tiada persediaan rapi kerana senjata api tidak ditemui,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syazwani Mohamad Sobry bagaimanap­un memohon mahkamah memberi hukuman sewajarnya dengan mengambil kira keseriusan kesalahan dan peningkata­n kes keganasan di negara ini.

Berdasarka­n fakta kes, siasatan mendapati kedua-dua tertuduh bersama-sama merancang melakukan serangan bersenjata ke atas sebuah bangunan dan mereka mengakui membuat siri pertemuan.

Dalam pertemuan pada 11 Disember 2017, Ismadi mengakui mempunyai cara mendapatka­n senjata api untuk serangan itu.

Berdasarka­n pengakuan mereka, tujuan utama serangan itu dibuat untuk menunjukka­n sokongan terhadap kumpulan pengganas Daesh. kenderaann­ya itu sebelum terbabas di tengah lebuh raya.

“ADUN Chenderoh dan pemandu Proton Exora dalam perjalanan dari arah sama tidak sempat mengelak lalu merempuh lori terbabit,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KENDERAAN Zainun yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 329 Lebuhraya Utara-Selatan, semalam.
KENDERAAN Zainun yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 329 Lebuhraya Utara-Selatan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia