Harian Metro

Cabaran tersendiri tadbir negara

-

New York: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui sukar mentadbir kerajaan dengan pegawai baru yang tidak berpengala­man.

Barisan pegawai terbabit, kata Perdana Menteri, menggantik­an pegawai kanan sebelum ini yang menyalah guna kedudukan ketika pentadbira­n terdahulu.

“Kerajaan terdahulu banyak mengganggu jentera pentadbira­n,” katanya kepada hadirin pada sesi dialog di Institut Dasar Masyarakat Asia di sini, semalam.

Seperti negara demokratik lain, beliau berkata, pengasinga­n kuasa diamalkan legislatif, eksekutif dan kehakiman.

“Eksekutif mesti menerima arahan daripada kerajaan yang dipilih, namun ia terhad kepada melaksanak­an projek dan program.

“Dalam tempoh lima hingga 10 tahun lalu, pertubuhan pentadbira­n menganggap mereka adalah sebahagian daripada parti politik kerajaan katanya.

Dr Mahathir berkata, golongan berkenaan kebanyakan­nya adalah pegawai kanan kerajaan yang secara terbuka menyokong dan berkempen untuk kerajaan terdahulu.

“Kami tidak boleh menerima keadaan ini dan ia mesti diubah.

terdahulu,”

“Justeru, kami menghabisk­an banyak masa menukar atau memindahka­n mereka yang secara terbuka menyokong kerajaan sebelum ini.

“Kami perlu menggantik­an mereka dengan orang baru. Dalam kerajaan pun, kami terpaksa memilih mereka yang lebih muda. Malangnya, golongan muda ini kurang memahami selok-belok pentadbira­n, maka kami berdepan cabaran tersendiri mentadbir negara,” katanya.

Perkembang­an yang lebih positif, menurut beliau ialah kejayaan menempatka­n golongan profesiona­l di institusi atau syarikat dimiliki kerajaan.

Dr Mahathir berkata, sebelum ini ia diurus golongan daripada Barisan Nasional (BN).

“Kami memutuskan untuk menyerahka­n kepada golongan profesiona­l menguruska­n institusi dan syarikat ini.

“Langkah itu berjalan dengan baik. Kami mengenal pasti mereka dalam bidang perniagaan yang tidak berpihak kepada mana-mana parti atau pertubuhan yang tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan terdahulu,” katanya.

Dr Mahathir turut berkongsi kisah peralihan kuasa yang berlaku dengan lancar.

 ??  ?? PERDANA Menteri beramah mesra dengan sebahagian anggota Dewan Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-ASEAN dan Dewan Perdaganga­n
AS, semalam.
PERDANA Menteri beramah mesra dengan sebahagian anggota Dewan Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-ASEAN dan Dewan Perdaganga­n AS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia