Harian Metro

‘UJIAN PERTAMA’

„ Art Harun sifatkan PRK Port Dickson satu amanah sebagai Pengerusi baru SPR

- Suhaila Shahrul Annuar cnews@nstp.com.my

Azhar Azizan Harun atau lebih dikenali sebagai Art Harun menyifatka­n Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson sebagai ujian pertamanya dalam melaksanak­an amanah sebagai Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) yang baharu.

Beliau yang melaporkan diri memulakan tugas sebagai Pengerusi SPR, semalam juga menganggap permulaan tugasnya adalah pada saat penuh cabaran.

“Walaupun PRK Port Dickson adalah PRK biasa, disebabkan ada beberapa ‘personalit­i’ yang akan bertanding maka ia pasti bakal mendapat perhatian seluruh negara malah dunia.

“Jadi ia penting. Insya-Allah ia akan berjalan lancar. Saya akan memastikan PRK Port Dickson bersih dan adil. Walaupun baru masuk kerja hari ini (semalam), saya ingin tekankan bahawa saya mahu melihat PRK pada era baharu ini bersih dan adil. Sama-sama kita usahakan,” katanya pada sidang media di sini.

Terdahulu, beliau tiba di bangunan Ibu Pejabat SPR jam 9 pagi dan mengimbas cap jari sebagai simbolik memulakan tugasnya sebagai Pengerusi SPR yang baharu.

Selain itu, katanya, beliau akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat mengangkat martabat dan menaik taraf SPR ke satu tahap lebih tinggi, baik, bertaraf antarabang­sa serta universal yang diakui sejagat.

“Saya akur dengan amanah amat besar yang dipertangg­ungjawabka­n di atas bahu saya ini sebagai Pengerusi SPR pada era Malaysia baharu ini.

“Niat saya melaksanak­an amanah ini dengan sehabis baik dan sudah pasti dengan bantuan semua terutama Timbalan Pengerusi SPR (Tan Sri Othman Mahmood), Setiausaha SPR (Datuk Mohamed Elias Abu Bakar) dan ahli SPR yang lain, matlamat ke arah usaha itu akan dapat dizahirkan,” katanya.

Katanya, beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankua­sa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC), Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman dalam masa terdekat berhubung usaha penambahba­ikan pilihan raya di negara ini.

“Langkah ini bukan menunjukka­n SPR tidak baik, tetapi sekiranya ada penambahhb­aikan yang perlu, ia mesti dilakukan,” katanya.

Dalam pada itu, berhubung kenyataan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bahawa pelantikan­nya bertentang­an dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) kerana tidak pernah dirujuk kepada Parlimen untuk perakuan, seperti dijanjikan PH dalam manifeston­ya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), katanya, beliau tidak boleh mengulas lanjut berhubung perkara itu.

 ??  ?? AZHAR (tiga dari kiri) bersalaman dengan Othman pada hari pertama bertugas sebagai Pengerusi SPR di Putrajaya.
AZHAR (tiga dari kiri) bersalaman dengan Othman pada hari pertama bertugas sebagai Pengerusi SPR di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia