Harian Metro

5,739 perwakilan PAU 2018

-

Kuala Lumpur: Perhimpuna­n Agung UMNO (PAU) 2018 yang dihadiri 5,739 perwakilan membuka tirai malam tadi bermula dengan perasmian serentak perhimpuna­n tiga sayap parti meliputi Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Hari ini, tiga sayap parti bersidang serentak diikuti PAU, esok.

Perwakilan mencakupi 2,760 orang menghadiri PAU serta masing-masing 993 perwakilan hadir pada persidanga­n Pergerakan Wanita, Pemuda (997 orang) dan Puteri (989 orang).

Selain itu, 15 perwakilan mewakili Kelab UMNO Luar Negara dan 48 orang Mahasiswa Nasional.

Sebanyak 52 agensi media akan membuat liputan perhimpuna­n tiga hari termasuk tujuh agensi luar negara dengan jumlah keseluruha­n 562 petugas media.

Perhimpuna­n bertema ‘UMNO sebuah perjuangan’ yang pertama diadakan selepas parti itu menjadi pembangkan­g selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.

Pemilihan tema itu untuk memperinga­tkan perwakilan, ahli parti dan masyarakat Melayu serta Bumiputera bahawa UMNO bukan parti politik biasa, tetapi lahir sebelum kemerdekaa­n demi perjuangan membela bangsa dan memerdekak­an tanah air.

Perhimpuna­n kali ini juga akan menampilka­n sedikit kelainan kerana akan memfokuska­n perbincang­an lebih kepada usaha untuk mengukuh dan memperkema­skan parti di bawah kepemimpin­an Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan akan menyampaik­an ucapan dasar yang julung kalinya sebagai Presiden baharu.

Tumpuan terarah kepada ucapan dasar presiden untuk dikupas dan diperdebat­kan ahli parti kerana ucapan berkenaan mempunyai implikasi yang cukup besar dalam menentukan hala tuju UMNO pasca PRU14.

 ??  ?? PETUGAS UMNO membuat persiapan akhir menjelang Perhimpuna­n Agung UMNO 2018 di PWTC, semalam.
PETUGAS UMNO membuat persiapan akhir menjelang Perhimpuna­n Agung UMNO 2018 di PWTC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia