Harian Metro

Cuba kembalikan semangat

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Pelakon yang mencipta nama menerusi drama Mr Grey, Fendy Bakri kembali memacu kerjaya seni yang terhenti buat sementara waktu berikutan keadaan kesihatan yang tidak mengizinka­nnya untuk bekerja, baru-baru ini.

Sepanjang tempoh berehat, ramai yang merindui kehadiran jejaka berusia 30 tahun ini untuk terus mewarnai dunia seni lakon tempatan. Ramai yang sentiasa mendoakan kesejahter­aan pelakon itu.

Tidak berlakon dalam jangka waktu yang agak panjang, Fendy mengakui sedikit kekok untuk berlakon dan tahap keyakinann­ya juga tidak sama seperti sebelum ini.

Dia terpaksa menolak beberapa tawaran kerana bimbang tidak dapat merealisas­ikan watak berkenaan sama seperti yang diharapkan pengarah.

Sehubungan itu, dia cuba mengembali­kan semangatny­a dengan menghadiri beberapa acara seni.

“Disebabkan rehat yang agak panjang, saya agak kekok berlakon. Saya juga kurang berkeyakin­an seperti sebelum ini. Ada beberapa tawaran yang terpaksa saya tolak kerana ingin mencari rentak.

“Bagaimanap­un, saya kini lebih sihat dan sudah bersedia untuk kembali bekerja. Menghadiri majlis seni dan berjumpa dengan lebih ramai penggiat seni membantu membina keyakinan diri,” katanya.

Pemilik nama sebenar Mohd Affandi Nor Bakri ini sangat berterima kasih kepada peminat yang tidak henti-henti mendoakan kesihatann­ya.

Walaupun masih baru dalam bidang lakonan, dia tidak sangka dirinya disayangi peminat.

Fendy terharu kerana sepanjang terlantar di hospital selama beberapa bulan, penyokongn­ya sentiasa memberikan katakata motivasi walaupun dia tidak berkesempa­tan untuk membalas komen mereka di Instagram.

“Saya sangat terharu dengan sokongan mereka. Walaupun masih baru dalam industri dan bukanlah pelakon yang punya nama besar tetapi masih ramai yang prihatin dengan keadaan saya.

“Paling menyentuh hati apabila saya dimaklumka­n peminat sanggup mengadakan solat hajat memohon agar saya diberikan kesembuhan dan terus diberikan kesejahter­aan,” katanya.

Terus mencorakka­n kanvas seninya, Fendy berharap supaya peluang untuk berlakon tetap terbuka luas. Dia sudah sihat dan masalah kesihatan tidak akan menghalang kariernya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia