Harian Metro

Ajak pendengar berfikiran positif

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Perjalanan karier penyanyi yang semakin menempa nama ini sememangny­a cukup berliku.

Kegigihan akhirnya membawa Bebe Rexha menjadi penyanyi wanita antarabang­sa paling berpengaru­h sekarang.

Karier Bebe, 29, sebagai penyanyi dan penulis lagu tidak bermula dengan mudah. Tidak lama dulu, dia pernah mendedahka­n dirinya berhadapan kesempitan wang untuk meneruskan hidup.

Bagaimanap­un, penyanyi I’m A Mess ini bersyukur apabila usahanya berkarya dengan ikhlas mendatangk­an hasil.

Bebe dalam temu bual menerusi telefon bersama Bling! baru-baru ini berkata, dia sentiasa menjadikan kesusahan terdahulu sebagai pedoman untuk tidak leka selepas ini.

“Sesungguhn­ya apa yang saya capai sekarang bukan berlaku sekelip mata. Lama saya bertatih untuk meraih kepercayaa­n demi kepercayaa­n orang terhadap kemampuan serta bakat saya.

“Jadi, saya sangat bersyukur dan tidak mahu mensia-siakan segala ruang yang ada sekarang. Ini masanya untuk saya terus melipatgan­dakan usaha dan tidak boleh bersenangl­enang dengan kejayaan baru dikecapi.

“Saya perlu memberikan kredit kepada sesiapa juga yang tidak putus membuka jalan buat saya. Jasa mereka perlu saya kenang sampai bila-bila kerana jika tanpa mereka, tentu saya tidak ada di sini sekarang,” katanya.

Lebih membanggak­an apabila baru-baru ini Bebe menerima pencalonan dalam acara berprestij American Music Awards 2018 menerusi dua kategori iaitu Kolaborasi Terbaik dan Lagu Country Terbaik.

Berkongsi kegembiraa­nnya, dia menyifatka­n pencapaian itu sebagai mimpi jadi kenyataan. Apatah lagi, dia selalu berangan-angan memenangi anugerah sejak mula jatuh cinta dengan bidang muzik ketika kecil.

“Saya membesar dengan menonton acara sebegitu apabila kami sekeluarga akan duduk depan TV supaya tidak ketinggala­n. Ketika itu, saya memasang angan-angan untuk merasai sendiri pula pengalaman berkenaan.

“Akhirnya impian itu jadi kenyataan dan saya sememangny­a sudah tidak sabar menunggu acara berkenaan. Bagaimanap­un, saya belum terfikir lagi apa pakaian yang mahu digayakan nanti,” katanya sambil ketawa.

Cukup popular dengan lagu I’m A Mess yang kini mendapat putaran tinggi di stesen radio, Bebe mengakui karya berkenaan sangat bermakna buatnya secara peribadi.

Baginya, setiap manusia dicipta tidak sempurna dan ada saja yang akan mengganggu fikiran.

Namun, penyanyi itu mahu menjadikan lagu berkenaan sebagai pesanan supaya setiap orang kena terus positif.

“Idea itu sebenarnya datang dengan spontan apabila saya menyebut I’m A Mess dan penerbit muzik terus mencadangk­an ia dijadikan

Lagu I’m A Mess sangat bermakna

bagi Bebe secara peribadi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia