Harian Metro

Jawapan kepada peminat

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Namanya pernah menjadi sebutan ramai, namun entah mengapa pelakon dan penyanyi Hetty Sarlene tiba-tiba hilang dari radar industri hiburan.

Selepas belasan tahun menyepi, Hetty, 34, kini membuat kemunculan semula dengan menyertai program realiti Gegar Vaganza 5 (GV5) yang bakal bersiaran esok.

Menurut Hetty, penyertaan­nya dalam program berkenaan adalah keputusan terbaik untuk terus aktif dalam industri seni.

“Kuala Lumpur tidak pernah jauh dari hati saya. Tanah ini adalah sumber pendapatan saya sebelum berehat daripada aktiviti seni tidak lama dulu,” kata selebriti dari Singapura ini.

Bergelar isteri kepada Dani Aaqil sejak dua tahun lalu, Hetty atau nama sebenarnya Hetty Sarlene Abdul Hamid berkata, kehadiran cinta hatinya itu tidak pernah menjadi penyebab dia menjauhkan diri dari dunia seni.

Mendapat restu suami sepenuhnya, Hetty berkata, suaminya antara individu awal yang memberi sokongan untuk dia menyertai program realiti terbabit.

“Dia begitu teruja dan senang sekali supaya saya dapat meneruskan minat dalam bidang ini.

“Saya dan suami bakal berhijrah ke Malaysia. Namun, buat masa ini hanya saya seorang yang akan berada di Kuala Lumpur.

“Bagaimanap­un, suami sudah bersetuju untuk berpindah sekali dan akan bertukar tempat kerja,” katanya.

Menyentuh mengenai pembabitan­nya dalam GV5, Hetty yang juga peserta tunggal dari luar Malaysia akui gementar, namun dia tidak mahu melihat pentas itu sebagai satu pertanding­an.

Baginya, dia mahu memberikan persembaha­n terbaik sebagai jawapan kepada peminat yang selama ini ingin melihat dia kembali dalam dunia nyanyian.

“Ramai yang meminta saya kembali aktif menyanyi dan berlakon cuma masa saja belum sesuai.

“Saya bersyukur jalan ini dipermudah­kan dan teruja untuk berhibur setiap minggu dalam program itu,” katanya.

Penyertaan Hetty pada GV5 adalah keputusan terbaik untuk terus aktif dalam industri seni

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia