Harian Metro

Malukan Ronaldo, Messi

-

Sejak beberapa tahun kebelakang­an ini hanya Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi saja sentiasa menguasai Anugerah Pemain Terbaik FIFA, mereka saling silih berganti untuk merangkul trofi berkenaan sebelum penguasaan itu ditamatkan oleh Luka Modric iaitu seorang anak penggembal­a kambing serta pernah menjadi pelarian perang.

Bagi peminat ia memang sukar dipercayai bagaimana laluan yang penuh berliku itu diakhiriny­a dengan kejayaan gemilang, namun bagi pemain yang berasal dari negara seperti Bosnia & Herzegovin­a, Croatia, Serbia, peperangan adalah perkara biasa kerana mereka pernah melaluinya.

Bagaimanap­un, laluan yang penuh berliku Modric dan keluargany­a, dibayar dengan harga lumayan selepas berjaya meraih Anugerah Pemain

Terbaik FIFA bagi musim 2017/18.

Anak penggembal­a kambing itu kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan legenda lain seperti Lothar Matthaus, Marco van Basten, Roberto Baggio, Ronaldo dan Zinedine Zidane.

Lebih manis jika kejayaan itu dapat dikongsika­n dengan datuknya, yang menjadi mangsa bunuh kekejaman Serbia ketika peperangan Balkan pada era 90-an.

Kesukaran ketika zaman kanak-kanak dan detik hitam mungkin menjadi pembakar semangat yang luar biasa buat Modric iaitu anak kelahiran Zadar yang pernah berkelana ke Zeprenic (Bosnia), London dan Madrid.

Ketika kanak-kanak lain berbangga dengan alatan dan pakaian bola sepak yang lengkap, bekas pemain Tottenham Hotspur ini cekal memakai pelindung betis diperbuat dari kayu.

Secara kebetulan ketika Modric masih kanak-kanak, satu dokumentar­i yang diarah oleh

Pavle Balenovic di Jasenice, Croatia di antara 1989 hingga 1990 merakam dia sedang menghalau sekumpulan kambing di kawasan pergununga­n, malah ia juga pernah disiarkan rangkaian televisyen BBC.

Selepas menetap di kawasan luar bandar keluargany­a berpindah ke Zadar apabila diusir oleh tentera Serbia dan mereka yang diklasifik­asikan sebagai pelarian perang terpaksa menetap di Hotel Kolovare dan Iz, sebelum mempunyai tempat kediaman tetap.

Bermula dari situlah minat Modric dalam sukan bola sepak dipupuk apabila sering bermain di kawasan parkir hotel bersama rakanlain. rakannya yang

Bagaimanap­un, pemain berusia 33 tahun ini sudah tentu merindui bapa angkatnya, Tomislav Basic, jurulatih pertamanya dalam sukan bola sepak yang meninggal pada 2014 ketika Modric bersama Real.

Basic iaitu ketua jurulatih

 ??  ?? PERNAH beraksi bersama kelab Dinamo Zagreb.
PERNAH beraksi bersama kelab Dinamo Zagreb.
 ??  ?? MODRIC
MODRIC
 ??  ?? TUAI kejayaan
sejak zaman kanak-kanak.
TUAI kejayaan sejak zaman kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia