Harian Metro

Issey terkenang kehebatan Piya, Apek

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Pasukan Kelantan menjadi pilihan selebriti tempatan, Issey Fazlisham setiap kali berlangsun­gnya kejohanan bola sepak.

Pelakon komedi, pengacara dan penyampai radio Suria FM berusia 31 tahun ini berkata, kesungguha­n pemain pasukan itu membuatkan­nya

tertarik.

“Setiap pemain mempunyai semangat untuk menang dan mereka berlawan habis-habisan.

“Saya sentiasa hadir di stadium ketika Kelantan menjadi pasukan digeruni antara 2008 hingga 2013. Saya tidak akan terlepas menyaksika­n perlawanan pasukan itu.

“Walaupun kehebatan Kelantan semakin menurun kini, saya masih memberikan sokongan kepada pasukan itu,” katanya sambil mengakui kurang mahir dalam bola sepak.

Ditanya berkenaan pemain yang diminati, Issey yang sudah enam tahun memperjuan­gkan bakat seninya berkata, dua bekas pemain Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi atau

Piya dan Khairul Fahmi

Che Mat atau Apek menarik perhatiann­ya.

“Kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri. Bagi Piya, dia adalah pemain tengah yang paling digeruni.

“Gaya permainan yang tenang dan bersahaja, Piya sentiasa menjadi duri dalam daging untuk pasukan lawan.

“Sentuhanny­a juga amat berbisa.

Bermain di posisi ‘attacking midfielder’ pihak lawan sering mengabaika­nnya menjadikan dia sentiasa mempunyai peluang untuk meledak gol,” katanya.

Berbeza pula dengan

Apek yang mengunggul­i posisi sebagai penjaga gol, kata Issey, dia adalah penjaga gol berkaliber dan mempunyai semangat juang yang tinggi.

“Setiap perlawanan yang diikuti, dia pasti akan mengawal pintu golnya daripada dibolosi.

Itu satu perkara yang menggembir­akan,” katanya yang turut meminati sukan badminton.

Tambah Issey, keduadua pemain yang juga kelahiran Kelantan itu, turut menjadi kebanggaan­nya kerana sering mendapat pengiktira­fan dalam bidang yang diceburi.

“Bermain bola sejak usia muda memang menuntut banyak perkara kepada Apek untuk menjadi yang terbaik.

“Dia banyak membantu negara dalam mencapai kejayaan dan memenangi beberapa piala seperti Piala AFF serta pingat emas Sukan SEA 2011.

“Malah, secara individu dia adalah penjaga gol yang sering dengan mendapat pelbagai anugerah penjaga gol terbaik,” katanya.

Kata Issey, Piya pula sentiasa menjadi wira kepada pasukan Kelantan.

“Memiliki kemahiran sepakan percuma mengingatk­an saya kepada legenda bola sepak Kelantan yang terdahulu iaitu Hashim Mustapha.

“Namun kejayaan Piya lebih bersinar selepas berjaya menjulang beberapa piala iaitu Piala Malaysia 2010, Piala Sumbangsih

2011 dan Juara Liga Super Malaysia 2011-2012.

“Selain itu, dia juga pernah memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai dan Pemain

Tengah Terbaik pada

2013,” katanya sambil memberitah­u kejayaan Piya dan Apek menjadi inspirasi buat dirinya meneruskan momentum dan kental dengan kerjaya sebagai artis.

Mengaku sudah jarang bersukan kerana sibuk bekerja, dia berpendapa­t bahawa sukan itu penting untuk kesihatan minda dan badan sekali gus mampu membawa seseorang menjalani kehidupan dengan sempurna tanpa sebarang penyakit.

“Apabila bersukan, kehidupan yang dijalani pasti berkualiti selain dapat menambah kemahiran dan pengetahua­n berkenaan apa saja jenis sukan.

“Sukan juga dilihat sebagai alat untuk menjalinka­n jaringan hubungan sosial antara rakan-rakan, jurulatih dan siapa saja yang terbabit,” katanya yang sibuk berlakon telemovie dan sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) musim keempat yang sudah mula ditayangka­n di TV3 pada jam 11 malam setiap Ahad.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia