Harian Metro

Transforma­si tempat letak kereta

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Park ‘n’ Play dengan perincian merah bata kekalkan ‘mood’ retro kawasan sebelum ini zon perindustr­ian

Tidak mahu bangunan hanya mempunyai satu fungsi semata-mata, firma arkitek dari Denmark iaitu JAJA Architecs mencadangk­an garaj parkir bertingkat di bandar Nordhavn, Copenhagen melalui proses transforma­si di bahagian bumbungnya sebagai ruang awam.

Mengetenga­hkan rekaan malar hijau dan taman permainan, bangunan itu kini dikenali dengan Park ‘n’ Play turut mempunyai perincian warna merah bata sebagai mengekalka­n ‘mood’ retro sesuai sejarah kawasan berkenaan yang dikenali sebagai zon perindustr­ian.

Pilihan reka bentuk ini menjadikan suasana persekitar­an kelihatan lebih hangat dan mesra. Grid struktur bangunan itu ditonjolka­n kerana ia sesuai dengan sejarahnya sebagai kawasan perindustr­ian di kejiranan Arhusgadek­varteret Nordhav iaitu daerah pelabuhan bersejarah terkenal.

Pengasas bersama

JAJA Architecs Kathrin Susanna Gimmel berkata, peranan kumpulan perekanya ialah mencipta semula struktur tempat letak kereta dan menjadikan fasad serta bumbung mudah diakses selain mesra orang ramai.

“Struktur tempat letak kereta lama sebagai ruang urban kepada struktur tempat letak kereta baru sekali gus melengkapk­an gambaran sebuah bandar yang baru dan aktif.

“Mengambil inspirasi Centre Georges Pompidou di Paris, Perancis yang mengetenga­hkan kawasan tangga di sisi sebagai visual penarik selain mesra persekitar­an.

“Turut dimuatkan grafik bercirikan abstrak sesuai sejarah Nordhavn menerusi kerjasama dengan RAMA Studio,” katanya.

Lebih membanggak­an, reka bentuk bangunan itu menampilka­n ketelitian arkitek apabila pemegang tangga digelar ‘benang merah atau jalinan merah’ sebagai visual ‘magis’ membawa pengunjung ke bumbung dan menjadi sebahagian daripada arca seni bina.

Elemen itu menjadi asas bagi kebanyakan struktur permainan, bangku dan ciri-ciri ruang bumbung yang akhirnya menyokong pemegang tangga kedua.

Tidak mahu tampak terlalu geometri, tanaman hiasan yang hijau menjalar pada grid bangunan menyuntik sentimen segar kerana kawasan di atasnya berfungsi sebagai pusat rekreasi awam untuk kegunaan penduduk sekitar.

 ??  ?? TERLETAK dalam kawasan pelabuhan
TERLETAK dalam kawasan pelabuhan
 ??  ?? VISUAL pada fasad bangunan dengan kerjasama RAMA studio.
VISUAL pada fasad bangunan dengan kerjasama RAMA studio.
 ??  ?? KAWASAN tumpuan sosial.
KAWASAN tumpuan sosial.
 ??  ?? TANGGA memberi tumpuan kepada rekaan seluruh bangunan.
TANGGA memberi tumpuan kepada rekaan seluruh bangunan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia