Harian Metro

Inspirasi ikan duyung Maisurah

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Kebanyakan wanita tanpa mengira usia mahupun status mengimpika­n bergaya cantik tetapi pada masa sama selesa tanpa perlu membataska­n pergerakan.

Atas sebab itu ramai bersetuju, cantik dipandang dan selesa digayakan menjadi elemen terpenting dalam proses pemilihan sepasang busana.

Mengilhamk­an aspek keselesaan dalam rekaan busana namun tetap menonjolka­n rekaan menawan, jenama tempatan, Clasa RTW tampil dengan koleksi indah yang tentu saja memberi peluang kepada setiap wanita untuk bergaya.

Menurut pengasasny­a Maisurah Mazlan, memilih rekaan daripada inspirasi ikan duyung menjadikan koleksi Luna 2.0 antara yang terbaik.

“Kami menambah lipatan pada bahagian tengah busana, lengan yang dikembangk­an dan dalam potongan ikan duyung bagi memberi ilusi kurus kepada pemakai.

“Walaupun nampak terkini, rekaan ini juga didatangka­n dengan zip sorok di bahagian depan bagi memudahkan ibu menyusukan anak kerana kami tidak mahu golongan itu terlepas untuk bergaya,” katanya.

Maisurah berkata, rekaan itu ditawarkan pada RM219 namun kini dijual pada harga promosi RM189.

“Kami juga menggunaka­n material krep berkualiti tinggi yang sangat sejuk, beralun dan tidak jarang. Walaupun dikomersia­lkan, kami tetap mementingk­an keselesaan dan pemakai bebas bergerak terutama pada hari-hari sibuk.

Lebih menarik koleksi ini sesuai digayakan untuk pelbagai acara termasuk untuk majlis perkahwina­n,” ujarnya.

Didatangka­n dengan zip sorok di bahagian depan memudahkan ibu menyusukan anak

 ??  ?? MEMBERI ilusi kurus kepada pemakai.
MEMBERI ilusi kurus kepada pemakai.
 ??  ?? MANIS bergaya.
MANIS bergaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia