Harian Metro

Sesuai sepanjang masa

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Direka bagi beri kelainan namun tetap bercirikan Muslimah

Jika dulu pemakaian jubah hanya dikategori­kan sebagai pakaian beribadat namun stigma ini semakin dilupakan kerana fesyen itu sendiri tiada batasannya asalkan dipakai mengikut tertib dan tidak keterlalua­n.

Malah kehadiran pelbagai jenis jubah di pasaran menjadikan fesyen ini kekal sepanjang zaman, tidak hanya digayakan untuk acara keagamaan saja sebaliknya dijadikan busana harian.

Terbaru jenama fesyen tempatan Casalwa tampil dengan koleksi jubah dan mini jubah yang direka dengan ciri-ciri moden.

Pengasasny­a Datin Sharifah Salwa Syed Shafie berkata, koleksi jubah dan mini jubah terbaru itu bukan hanya dihasilkan dalam rona ceria malah diberi sentuhan lain daripada lain bagi memberi kelainan kepada pemakai.

“Safeeya Jubah dan Layla Jubah direka bagi memberi kelainan dalam fesyen jubah supaya pemakai tampil bergaya namun tetap bercirikan Muslimah.

“Jubah ini sesuai digayakan sepanjang masa kerana ia dalam rekaan terkini dan mampu memberi kelainan dalam gaya harian,” katanya.

Menurutnya, kelainan yang ditonjolka­n adalah pada rona dan potongan kerana semuanya diberi nafas baru.

“Semua koleksi ini dijual bermula harga RM100 bergantung kepada koleksi.

“Saya mahu ramai wanita berani menggayaka­n jubah walaupun pada fesyen harian termasuk ke pejabat atau menghadiri majlis formal,” ujarnya.

Katanya, pelanggan tentu saja berpuas hati dengan rekaan jubah dihasilkan kerana ia mampu memberikan gaya moden bukan saja kepada wanita yang agak berusia namun wanita muda.

“Koleksi ini diharap mampu menjadi pencetus minat kepada wanita untuk menggayaka­n jubah dalam fesyen harian.

“Dengan kepelbagai­an warna yang ceria, koleksi ini adalah yang terbaik untuk semua wanita,” katanya.

 ??  ?? MANIS dipandang.
CANTIK dan terkini.
MANIS dipandang. CANTIK dan terkini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia