Harian Metro

Tapak sepatu rekaan terbaik bagi rutin harian

-

Memilih sepasang kasut pada hakikatnya tidak semudah disangka. Aspek jenama tidak menjadi keutamaan kerana kasut perlu dipilih berdasarka­n kualiti selain memudahkan pergerakan harian.

Terbaru, jenama kasut antarabang­sa Cole Haan, meneruskan usaha menghasilk­an produk untuk pengguna moden dengan memperkena­lkan koleksi kasut 3.ZERÿGRAND untuk lelaki juga wanita.

Koleksi terbaru dalam industri kasut ini memberi keselesaan kepada si pemakai terutama pada bahagian tumit.

Keringanan kasut, fleksibili­ti dan tapak kasut direka pada tahap terbaik bagi memastikan pemakai mampu menjalani rutin harian dengan selesa.

Ketua Pegawai Pemasaran & Pengurus Besar Pembanguna­n Perniagaan Cole Haan David Maddocks berkata, pihaknya sangat teruja memperkena­lkan koleksi kasut 3.ZERÿGRAND itu kerana semuanya direka pada tahap terbaik.

“Sejak pelancaran pertama koleksi ZERÿGRAND pada Julai 2014, kami terus berusaha memperting­katkan kualiti dengan menghasilk­an kasut yang direka untuk pelanggan yang moden dan aktif.

“Kami memahami kehendak pelanggan yang memerlukan produk bergaya dan serba boleh serta tidak mengorbank­an prestasi dan keselesaan kasut,” katanya.

Menurutnya, dengan revolusi dalam koleksi kasut bagi kaum lelaki dan wanita, semua pilihan kasut dalam koleksi ini menampilka­n ‘Grand

Fit Chassis’ yang ikonik, memberi sokongan, fleksibili­ti dan tapak kusyen yang diperlukan untuk kaki.

“Pada bahagian tapak, ‘Grand Energy Foam’ yang diciptakan menyediaka­n kusyen dan daya cengkaman luar biasa daripada tumit ke hujung kaki.

“Koleksi kasut 3.ZERÿGRAND adalah sejenis kasut inovatif yang direka untuk individu yang inovatif. Perkara yang paling kami gemari mengenai reka bentuk kasut ini yang boleh dipakai untuk pakaian formal mahupun kasual, untuk ke tempat kerja ataupun pada hujung minggu,” ujarnya.

GRAND Fit Chassis mempunyai struktur yang unik dan direka untuk memenuhi keperluan pergerakan kaki bagi lelaki dan wanita.

Ia menyediaka­n sokongan cengkaman dan kontur daripada bahagian tengah tapak kaki ke tumit, fleksibili­ti pada bahagian hadapan kaki yang semula jadi dan kusyen di bawah tapak kaki yang luar biasa untuk memberikan pengalaman terhebat.

Koleksi kasut ini boleh didapati di kedai-kedai Cole Haan di Pavilion Kuala Lumpur dan The Gardens Mall pada harga bermula RM1,499 hingga RM1,699 untuk koleksi lelaki dan pada harga RM799 hingga RM1,299 untuk koleksi wanita.

 ??  ?? DIREKA khas dengan penuh ketelitian.
DIREKA khas dengan penuh ketelitian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia