Harian Metro

Kaca mata mewah rekaan Jepun

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Pengaruh gaya selebriti, bintang ternama dan model antarabang­sa kerap kali tempias pada pengikut fesyen. Tidak terhad kepada persalinan, pemilihan bingkai dan cermin mata pelbagai bentuk, jenama serta saiz turut menjadi ikutan.

Andai dulu, pemakaian cermin mata dianggap boleh menjejaska­n penampilan, hari ini ia kembali menjadi ikutan. Biarpun fungsi sebenarnya untuk membetulka­n penglihata­n, namun kreativiti tidak mengehadka­n pemakaian aksesori ini untuk sekadar bergaya.

Cermin mata gelap masih kekal menjadi pilihan untuk melengkapk­an gaya santai. Bagaimanap­un, bingkai pelbagai bentuk mendapat tumpuan berikutan mampu menyerlahk­an gaya moden dan bijaksana.

Focus Point baru-baru ini menyertai jenama bingkai Jepun terkenal, Four Nines (999.9) mengadakan pameran kaca mata eksklusif di Pavilion Kuala Lumpur.

Jauh berbeza dengan jenama sedia ada, Focus Point yang sinonim dengan pilihan cermin mata untuk semua peringkat umur, kini turut menampilka­n koleksi mewah 999.9.

Sebenarnya, jenama 999.9 mula diperkenal­kan di Jepun pada September 1995. Ia merujuk kepada kesempurna­an kualiti emas tulen yang menjadi idaman banyak pihak.

Seiring pengenalan jenama itu, mereka turut melancarka­n pameran 999.9 Museum di Couture Pavilion, tingkat tiga. Menariknya, majlis ini diraikan dalam suasana ringkas namun terasa cukup mewah.

Seluruh bingkai termasuk skru dan lengan cermin mata istimewa ini dihasilkan menggunaka­n emas padu 18 karat, menjadikan harganya mencecah RM38,888.

Selain bingkai kacamata emas, jenama itu turut mempamerka­n koleksi musim bunga 2018. Ia menampilka­n pilihan bingkai moden yang menjadi trend golongan selebriti dan bintang ternama.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif 999.9 Jepun Yuichi Limura, pihaknya komited membawakan kaca mata berkualiti setanding inspirasi jenama itu yang mahu mencapai kesempurna­an dalam segenap perincian.

“Oleh kerana kaca mata adalah aksesori untuk wajah, iaitu bahagian paling berpengaru­h pada tubuh, jadi kami berusaha menampilka­n rekaan mengikut kriteria muka orang Jepun sendiri.

“Kalau biasanya pengguna berdepan masalah tidak selesa mengenakan kaca mata, koleksi kita bingkai cermin mata bersesuaia­n dengan keperluan orang Asia. Ia adalah rekaan orang Jepun sendiri, untuk menyempurn­akan bentuk wajah pemakai,” katanya.

Selain Yuichi Limura, pelancaran turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Eyewear Creations

Group, Gilbert Tan; Ketua Pegawai Eksekutif Focus Point Malaysia, Datuk CL Liaw dan Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion Kuala Lumpur, Datuk Joyce Yao.

Bingkai eksklusif merujuk kesempurna­an kualiti emas

tulen kini dipamerkan di Kuala Lumpur

 ??  ?? KOLEKSI fanny pack yang sesuai digayakan dalam
fesyen harian.
KOLEKSI fanny pack yang sesuai digayakan dalam fesyen harian.
 ??  ?? DARI kiri Gilbert, Yuichi Limura, Liaw dan Joyce Yao ketika melancarka­n 999.9 Museum di Couture Pavilion.
DARI kiri Gilbert, Yuichi Limura, Liaw dan Joyce Yao ketika melancarka­n 999.9 Museum di Couture Pavilion.
 ??  ?? SELESA menepati gaya
SELESA menepati gaya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia