Harian Metro

Beg harian lelaki ringkas, tahan lasak

-

Bukan saja wanita, golongan lelaki kini juga tidak ketinggala­n dalam perkembang­an dunia fesyen.

Penggunaan beg dalam fesyen harian lelaki tidak lagi dianggap janggal kerana rata-rata golongan itu tampil dengan menggayaka­n pelbagai jenis beg.

Selain fesyen, ramai bersetuju pemakaian beg juga memudahkan urusan harian terutama untuk menyimpan pelbagai barangan peribadi termasuk dompet.

Terbaru, jenama tempatan ariffHABIT yang terkenal dengan rekaan beg yang ringkas, tahan lasak dan sesuai digunakan dalam pelbagai acara serta lokasi menampilka­n koleksi terbaru ‘fanny pack’.

Dihasilkan sesuai untuk aktiviti lasak juga santai, rekaan fanny pack itu mempunyai keistimewa­an tersendiri terutama dalam memudahkan urusan harian si pemakai.

Menurut pengasas ariffHABIT, Mohd Ariff Habit, kebanyakan beg direka ke arah gaya maskulin.

“Ketahanan serta kualiti beg menjadi keutamaan kami dalam proses penghasila­n setiap beg bagi memastikan setiap koleksi menepati kehendak pelanggan.

“Kami menggunaka­n material yang sesuai untuk beg tahan lasak serta menggunaka­n corak yang menarik,” katanya.

Mohd Ariff berkata, individu yang gemarkan aktiviti lasak sangat sesuai menggayaka­n koleksi beg ini.

“Untuk koleksi beg terbaru ini dijual pada harga RM60 dan ia amat berbaloi kerana kualiti beg adalah terbaik.

“Selain fanny pack ini, pelanggan juga boleh memilih jenis beg yang digemari mengikut keperluan dan cita rasa masing-masing,” ujarnya.

 ??  ?? MUDAH digayakan.
MUDAH digayakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia