Harian Metro

Trofi ini untuk Vanja

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

Tanpa isteri siapalah Luka Modric, itu yang boleh disimpulka­n kepada pemenang Anugerah Pemain Terbaik FIFA itu apabila menujukan khas kemenangan berkenaan kepada Vanja Bosnic, tunjang kepada persembaha­n terbaiknya sepanjang karier baik di peringkat kelab mahupun negara.

Vanja adalah insan yang sangat istimewa buat Modric, tanpa wanita berkenaan mana mungkin dia mampu mengerah segala kudrat untuk membawa pelbagai kejayaan buat Real Madrid dan di Piala Dunia barubaru ini berjaya membawa negaranya mara ke perlawanan akhir.

Pada malam anugerah berkenaan pemain berusia 33 tahun itu memberikan ucapan yang penuh emosi dan sangat berterima kasih kepada keluargany­a.

”Ia satu perasaan yang luar biasa. Saya berasa sungguh bangga. Ini adalah malam istimewa buat saya dan terbaik sepanjang karier. Ia adalah hari untuk diraikan. Trofi ini saya tujukan khas buat keluarga kerana tanpa mereka saya tidak akan menjadi pemain seperti sekarang,” kata Modric.

Sebelum majlis berkenaan Modric sempat meluangkan masa dan memenuhi permintaan dari jurugambar serta jurukamera untuk mengambil gambar di karpet hijau.

Dia tidak keseoranga­n kerana turut membawa isterinya, bersama dua orang anak mereka yang dipakaikan dengan sut hitam dan anak perempuan mereka bergaya bersama blaus merah.

Ini bermakna tumpuan tidak terarah kepada Modric saja pada malam

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia