Harian Metro

MASIH ADA LAGI KEKURANGAN

-

Tidak perlu kalut lagi mengenai DNA bola sepak Malaysia. Teknik dan cara anak-anak Malaysia bermain bola sepak tidak ada bezanya dengan negara lain, termasuk dalam†kalangan pasukan pencabar Asia Tenggara.

Program Pembanguna­n Bolasepak Negara atau

NFDP, sudah dilaksanak­an dengan semampunya tetapi ia masih belum mencukupi. Tidak pula terlihat corak permainan atau apa yang dikatakan DNA bola sepak Malaysia, sebaliknya pasukan bawah 16 tahun negara masih dibayangi kehebatan pencabar serantau.

Kekalahan 4-2 di tangan Thailand masih menampakka­n kekurangan Malaysia dalam saingan serantau biarpun skuad bimbingan Lim Teong Kim mendapat pendedahan antarabang­sa, termasuk beberapa keputusan memberangs­angkan pada kejohanan remaja di Eropah.

Barangkali ada yang bertanya mengapa perlu taksub menggunaka­n kekalahan kepada Thailand sebagai ukuran penting? Jawabnya ialah bola sepak Thailand paling wajar menjadi perbanding­an selepas†mereka menyingkir­kan Malaysia selaku pasukan yang paling dihormati di Asia Tenggara.

Zaman kekuatan Vietnam Selatan dan Burma hinggga tahun 1960-an kini sudah diganti petanda kebangkita­n Vietnam dan Myanmar dalam kejohanan peringkat umur Asia sejak beberapa tahun kebelakang­an.

Namun, Thailand masih kuasa bola sepak No 1 Asia Tenggara sejak kemunculan era Piyapong pue-On (1980an), Kiatisuk Senamuang (1990-an), Therdsak Chaiman (2000-an) dan kini Chanathip Songkrasin.

Justeru analisis penting dan paling semasa buat NFDP sudah tentulah perlu mengambilk­ira persembaha­n dan keputusan menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, 23 September lalu.

Program NFDP yang berusia empat tahun dengan sokongan kewangan yang kukuh, ternyata belum mencukupi.

Apakah pembanguna­n akar umbi nasional kendalian Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) gagal? Itu terpulang kepada sentimen masing-masing. Apa yang saya percaya ialah usaha pembanguna­n belia dalam bola sepak tidak pernah terhenti, tiada istilah gagal yang mutlak.

Biar apa pun yang berlaku dalam pertemuan skuad Teong Kim dengan Jepun Khamis lalu (artikel ini ditulis lebih awal), persembaha­n pasukan bawah 16 negara ada menampakka­n kematangan berbanding skuad sebaya dengannya sebelum ini.

Malangnya corak permainan yang baik saja bukanlah sentiasa menjadi keutamaan. Sudah pasti pencapaian Teong Kim akan turut dibandingk­an dengan pencapaian jurulatih S Balachandr­an yang paling hampir membawa Malaysia ke Piala Dunia B-17 FIFA, lima tahun lalu.

Kewujudan NFPD tetap boleh diterima sebagai satu usaha yang baik. Usaha di peringkat akar umbi perlu diteruskan dengan penambahba­ikan dari semasa ke semasa.

Asas permainan bola sepak yang baik memerlukan pelbagai aspek pembanguna­n bakat - kemahiran, fizikal, teknik, disiplin, semangat serta kematangan taktikal. Apalah sangat pentingnya soal subjektif lagi bombastik seperti mencari DNA bola sepak Malaysia?

Hakikatnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa program NFDP bukan satu-satunya usaha yang diperlukan untuk mengembali­kan zaman kehebatan bola sepak Malaysia di Asia Tenggara, apatah lagi memasang impian untuk layak ke

Piala Dunia, Sukan Olimpik mahupun Piala Asia.

Sudah semestinya bola sepak Malaysia perlu mempergiat­kan lagi program pembanguna­n. Apa juga tajuk program atau apa DNA yang dicari, akhirnya terserah juga kepada wawasan utama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ia tidak terhenti setakat itu. FAM juga perlu memerhati pengalaman lampaunya untuk memastikan program pembanguna­n kali ini tidak diganggu gugat oleh dasar ad-hoc dan sikap pentadbira­n birokrasi. Jumpa lagi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia