Harian Metro

RAZMAN BUKA CAFe BOLA

-

Spy Bola tumpang bangga apabila mendapat tahu pemain bola sepak Selangor, Razman

Roslan kini sudah mula berjinak-jinak dengan bidang perniagaan dan akan membuka cafe tidak lama lagi.

Khabarnya, cafe itu dijangka mula beroperasi pada pertengaha­n Oktober ini. Lokasinya adalah di Taman Melati, Kuala Lumpur.

Apa yang menarik, menurut Razman, cafe itu kelak akan berkonsepk­an bola sepak, sesuai dengan statusnya sebagai pemain bola.

“Saya akan cuba menghidupk­an suasana bola sepak itu dalam cafe itu kelak melalui susun atur dan dekorasi. Ini konsep yang mahu saya tonjolkan kerana bola sepak memang tidak boleh dipisahkan dengan diri saya.

“Pada masa sama, kami akan menghidang­kan variasi makanan, sesuai dengan cita rasa rakyat Malaysia pelbagai kaum dan umur. Pendek kata cafe ini kelak sesuai dikunjungi sesiapa sahaja,” jelas Razman.

Razman tidak menafikan, pembabitan­nya dalam bidang perniagaan adalah sebagai persediaan untuk bersara suatu masa kelak.

“Sekarang saya sudah berumur 34 tahun, kalau nak main bola pun hanya tinggal beberapa tahun saja lagi. Selepas itu, saya mahu beralih ke bidang kejurulati­han sambil membabitka­n diri dengan perniagaan,” katanya.

Baguslah Razman, sentiasa beringat dengan masa depan. Masa tengah ada duit inilah jika mahu buat pelaburan dalam perniagaan. Jadi, tidaklah nasib yang menimpa beberapa bekas pemain berulang ke atas diri pemain seperti Razman.

Selain Razman, beberapa pemain seperti Safiq Rahim khabarnya sudah ada bisnes sendiri. Elok jika pemain muda seperti Safawi Rasid, Azrif Nasrulhaq Badrulhish­am, Akhyar Rashid dan lainlain mengikut jejak senior mereka demi jaminan masa depan.

Spy Bola: Lepak @ mamak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia