Harian Metro

BAIK ADA MAKNA?

-

hilang berganti. Orang macam Pawi, seorang pergi, ramai menanti, sekali petik jari 10 yang datang.

Malah, khabarnya, baik Pawi mahupun Anim, keduaduany­a sudah ada pengganti masing-masing. Fuhh! Cepatnya dapat pengganti, macam tukar baju sahaja.

Pawi mengaku kini sedang menjalin hubungan dengan seorang gadis dari negeri kelahirann­ya, Terengganu sementara

Anim pula kini dikatakan rapat dengan penyanyi baru bernama Qodi.

Satu hal Spy Bola respek dengan Pawi, walaupun putus cinta namun ia tidak menjejaska­n prestasiny­a dalam padang sebaliknya makin melonjak. Nampaknya dia bijak untuk membezakan antara karier dan kehidupan peribadi.

Spy Bola: Pernah frust menonggeng. Apabila Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku

Ismail Sultan Ibrahim mengeluark­an kenyataan memuji Baddrol Bakhtiar sebagai legenda sebenar Kedah, penyokong pasukan Lang Merah itu yang sepatutnya gembira dengan pujian itu sebaliknya mula dilanda resah.

Pelbagai tafsiran mereka buat ekoran kenyataan TMJ itu. Ada yang kata pujian itu ada ‘udang di sebalik batu’ dan juga yang mengajuk dialog filem Tan Sri P Ramlee, ‘Madu Tiga’ yang berbunyi ‘baik ada makna tuuu’.

Sebenarnya Spy Bola faham sangat apa yang sedang bermain dalam fikiran penyokong Kedah. Mereka sebenarnya bimbang pemain kesayangan mereka itu disambar JDT musim depan.

Lalu, mereka mengandaik­an pujian diberikan TMJ itu adalah salah satu cara beliau menunjukka­n minat ke atas pemain itu.

Apatah lagi TMJ sendiri pernah membuat kenyataan akan berbelanja untuk membeli pemain luar bagi memperkuat­kan kelab miliknya musim depan.

Bagi Spy Bola, jika benar JDT menaruh minat ke atas Baddrol, tidak usahlah penyokong Kedah risau kerana soal pemain kena pancing adalah lumrah bola sepak profesiona­l.

Lagipun sebagai pemain yang cari makan dengan bola sepak, biarlah Baddrol berhijrah jika itu rezekinya. Kita doakan sahaja yang baik-baik untuknya.

Spy Bola: Tiada tempat mengadu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia