Harian Metro

Aizat sedia berkhidmat

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Sentiasa bersedia apabila khidmatnya diperlukan.

Itulah prinsip yang sering dipegang penyanyi Aizat Amdan dalam karier seninya.

Apabila ditawarkan mencipta lagu tema untuk filem Gol & Gincu Vol 2, Aizat, 29, tidak teragakaga­k menyahut cabaran itu dengan menghasilk­an lagu berjudul Hari-Hariku.

Menerusi lagu ciptaannya dan Mel Ramlan ini, Aizat berpadu suara dengan Annabel Michael dan Intan Serah.

“Saya memang mengikuti filem Gol & Gincu yang dihasilkan pada 2005 terutama album runut bunyi yang menampilka­n kumpulan OAG.

“Ketika itu usia saya masih belasan tahun dan sentiasa mencari siapa pencipta lagu ini. Akhirnya saya berjaya juga jumpa mereka.

“Bagi saya lagu Generasiku yang dimuatkan dalam runut bunyi itu sangat segar dan membangkit­kan semangat untuk terbabit dalam futsal yang ketika itu masih baru dan jadi pilihan semua tak kira jantina.

Menurut Aizat, ini kerjasama keduanya dengan penerbit Red Films selepas filem Istanbul Aku Datang dan dia berbangga diberikan peluang terbabit dalam Gol & Gincu Vol 2 pula.

“Album runut bunyi Gol & Gincu memang hebat kerana turut ada lagu Teruja nyanyian Ella.

“Kali ini giliran saya pula dan tak dinafikan saya seronok dan bangga dengan apa dihasilkan.

“Saya juga seronok kerana Annabel dan Intan yang turut berlakon dalam Gol & Gincu Vol 2 turut membantu saya dalam lagu Hari-Hariku,” katanya.

Mengulas aktiviti terkininya Aizat berkata, dia kekal menghasilk­an lagu untuk dirinya sendiri serta untuk penyanyi lain.

“Akan ada nanti lagu yang mengejutka­n ramai. Saya suka tulis lagu dalam genre berbeza dan baru-baru ini saya buat eksperimen menghasilk­an lagu dangdut.

“Tapi artisnya bukan saya dan peminat kenalah tunggu apabila ia keluar nanti.

“Saya cuba teroka dan pelbagaika­n lagu ciptaan sekarang. Itulah yang saya nak dalam Kasi Gegar Studio (KG Studio). Ia akan jadi syarikat penerbitan untuk lagu seperti dibuat orang lain,” katanya.

Aizat mahu melihat KG Studio terus bekerjasam­a dengan pelbagai pihak bagi memajukan industri seni tanah air.

“Saya dan Mel Ramlan ada fasa apabila dalam satu minggu, kami akan duduk saja sambil fokus menghasilk­an lagu.

“Kami hanya berimagina­si menghasilk­an lagu seperti lagu dangdut dan siapa yang akan menyanyika­nnya.

“Kami hanya nak asah bakat kerana penulisan lagu sebenarnya perlu diasah. Kalau nak tunggu sampai ia datang memang takkan jadi,” katanya.

Aizat juga semakin aktif menghasilk­an lagu untuk iklan.

“Ia adalah hala tuju saya sekarang. Saya masih lagi aktif menyanyi dan itulah sebabnya saya tampil dengan single Sampai Ke Hari Tua.

“Pada masa sama, saya juga sedang memikirkan single terbaru selepas single ini. Saya pun bukan semakin muda dan saya mula berfikir apa lagi yang boleh saya buat. Terfikir yang saya boleh menulis lagu dan bakat itu harus dibahagika­n kepada beberapa pecahan iaitu menghasilk­an lagu komersial, iklan dan pelbagai lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Aizat akan turut terbabit sebagai Mentor dalam program Mentor 7 terbitan TV3 yang akan menemui penonton tidak lama lagi.

“Saya dah jumpa tiga protÈgÈ yang sesuai.

Mereka memenuhi ciriciri dikehendak­i dan saya percaya mereka mampu buat yang terbaik nanti,” katanya.

Sahut cabaran hasilkan lagu

tema filem Gol & Gincu

Vol 2

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia