Harian Metro

Lina kembali aktif

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Generasi baru mungkin kurang mengenali Hazlina Kamsan atau Lina tetapi kalau disebut lagunya, Puteri Ledang pasti ramai tahu.

Tidak dinafikan pada zaman kegemilang­an, Puteri Ledang berjaya meletakkan nama Lina sebagai penyanyi yang disegani. Tambahan pula ia pernah dipertandi­ngkan di Anugerah Juara Lagu 1993.

Hampir 21 tahun mendiamkan diri, Lina kembali aktif dengan memenuhi jemputan mengadakan persembaha­n. Terbaru dia bakal menjayakan Showcase yang akan berlangsun­g di Wow KL pada 18 Oktober depan.

Ditemui pada majlis sidang akhbar yang diadakan baru-baru ini, Lina akui dia membuat keputusan meninggalk­an arus perdana pada 1996 untuk memberikan

Bakal jayakan Showcase di Wow KL

pada 18 Oktober

depan

tumpuan kepada keluarga.

“Suami tidak pernah melarang menyanyi tetapi sebagai ibu saya memikirkan penting untuk memberikan tumpuan terhadap anak yang sedang membesar dan memerlukan lebih perhatian,” katanya

Hasil perkahwina­nnya dengan seorang ahli perniagaan Lina dikurniaka­n enam cahaya mata iaitu Nur Zubaidatul, 31, Nur Syaz wani, 30, Mohd Benjamin Shah, 21, Mohd Hazmin Shah, 20, Nur Balkish Safya,17 dan Nur Qistina, 13.

Bercerita lanjut mengenai kehidupann­ya ketika itu, kata Lina selain membesarka­n anak dia turut menumpukan perhatian kepada perniagaan jamu yang diusahakan.

“Sekarang, anak sulung mengambil alih perniagaan yang diusahakan. Alhamdulli­lah selepas 20 tahun, perniagaan diusahakan itu berkembang dengan baik,” katanya.

Walaupun begitu, kata Lina, apabila semua anaknya sudah boleh berdikari dan menguruska­n diri sendiri, dia kembali memenuhi undangan menyanyi.

“Hendak kata saya menyepi dan hilang terus tidak juga kerana sekaliseka­la ada juga memenuhi pelawaan orang. Tetapi bukanlah majlis yang besar dan gah, hanya di sekitar Bukit Mertajam, Pulau

Pinang serta sekitar utara tanah air.

“Hanya sesekali saya turun ke Kuala Lumpur sekiranya ada yang menjemput menyanyi. Hubungan saya dengan rakan seangkatan seperti Jaafar Onn, Salwa Abdul Rahman dan Rohana Jalil masih baik.

“Rakan juga artis tidak melupakan saya dan sering mempelawa menyertai persembaha­n mereka,” katanya.

Jelas Lina lagi, apabila sesekali ke Kuala Lumpur, rindunya untuk beraksi di atas pentas terubat.

Sepanjang kerjaya seninya, Lina pernah menghasilk­an album sulung Jangan Memilih

Jalan Sendiri pada 1981, Pujuk Pujuk Dia (1982) dan Curahan Hati (1983).

Selain menyanyi Lina diingati berikutan bakat lakonannya seperti drama Pisang Udang (1983). Sementara drama Inang Bersanggul Dua pula pernah membawa namanya ke peringkat akhir Anugerah TV3 bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik (1993).

Drama lain lakonan Lina ialah Warkah Dari Ayah, Gelora, Al-Iradah, Demang Lebar Daun, Mahsuri, Tun Perak dan Tuan Guru.

 ??  ??
 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia