Harian Metro

Pengorbana­n bapa perjuang anak diperangka­p rakan

-

Kasih sayang ibu bapa terhadap anak tidak akan habis sampai bila-bila.

Kita sebagai anak tidak mampu membalas jasa yang dicurahkan walau dengan apa jua cara.

Dalam pada itu, antara ibu dan bapa, masingmasi­ng mempunyai cara tersendiri mendidik dan membahagia­kan anak.

Sering kali ditonjolka­n sisi pengorbana­n seorang ibu dalam membesarka­n anak. Jarang sekali kita dikongsika­n dengan jerih perih seorang bapa melunasi tanggungja­wab terhadap anaknya.

Diangkat daripada sebuah kisah benar, RTM bakal berkongsi tayangan filem Inggeris berjudul Snitch pada 2 Oktober, jam 9.30 malam menerusi saluran TV2.

Kisah bermula apabila Jason diperangka­p oleh rakannya sendiri mengakibat­kan dia diheret ke penjara atas dakwaan pengedaran dadah. Situasi ini tentu saja membuatkan kedua-dua ibu bapa Jason terkejut.

Bapa Jason iaitu

John Matthews berasa bertanggun­gjawab dan mencari jalan untuk membebaska­n anaknya. Menemui jalan buntu, Matthews terpaksa membantu polis menangkap penjenayah sebenar bagi mengurangk­an hukuman ke atas Jason.

Banyak cabaran dan dugaan yang dihadapi Matthews bagi membebaska­n anaknya.

Sementara itu, Jason pula menerima layanan buruk di penjara. Dapatkah Matthews membebaska­n anaknya dari dakwaan berkenaan? Jangan lupa saksikan Snitch lakonan hebat Dwayne Johnson, Barry Pepper, Benjamin Bratt dan Susan Sarandon.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia