Harian Metro

Pendekatan ‘perlahan-lahan’

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Bagi Khloe

kaedah ‘keras’ tidak

berkesan untuk turun berat badan

Selepas melahirkan anak dan bergelar ibu, tentunya seseorang wanita akan menitikber­atkan penjagaan bentuk badan bagi mendapatka­n penampilan menarik.

Bagi bintang Keeping up with the Kardashian­s, Khloe Kardashian, dia juga tidak mahu memandang ringan isu kenaikan berat badan selepas bersalin.

Dalam satu temu bual bersama media antarabang­sa, Khloe berkata, dia memilih menapak perlahanla­han dalam menurunkan berat badan.

“Saya masih aktif dan bersenam. Namun, saya tidaklah meletakkan sasaran perlu turunkan beberapa kilogram dalam satu tempoh yang singkat,” katanya.

Menurutnya, dia memilih menurunkan berat badan secara perlahan-lahan kerana tahu keberkesan­an teknik itu.

“Ia satu perkara normal untuk menurunkan berat badan secara perlahanla­han. Bagi saya, itu adalah cara yang saya lakukan sebelum ini dan akan terus dengan cara sebegitu,” katanya.

Katanya, cara lain seperti tidak berkesan untuknya.

“Saya pernah turunkan berat badan dengan cara berdiet yang lebih ‘keras’, namun tidak berhasil. Badan saya seperti yoyo.

“Umpama pertanding­an lumba lari antara kura-kura dengan arnab, kita semua tahu kura-kura yang akan berjaya ke garisan penamat walaupun ia perlahan,” katanya.

Jurulatih kecergasan peribadiny­a,

Gunnar Peterson juga mengakui Khloe memahami hala tujunya dalam menurunkan berat badan.

“Dia faham apa yang dia mahukan. Etikanya patut dipuji dan dia mengerti bersenam itu sebahagian daripada gaya hidup,” katanya.

Khloe memilih memulakan semula proses penurunan berat badan selepas melahirkan anaknya, True pada April lalu dan sehingga kini, masih tekun dengan pendiriann­ya dalam menjalani gaya hidup sihat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia