Harian Metro

MATA ‘BERCAKAP’

- Cnews@nstp.com.my

„ Harapan ibu lihat anak duduki SPM belum kesampaian

Harapan seorang ibu untuk melihat anaknya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mungkin tidak kesampaian apabila masih belum sembuh akibat kemalangan motosikal hampir dua tahun lalu.

Sapidah Shahed, 42, berkata selepas terbabit kemalangan ketika berkonvoi dengan rakan di Gunung Berlumut, dekat sini, hujung 2016 lalu, anaknya Mohd Zaki Hanafi, 17, yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Jalil kini hanya mampu terbaring tanpa boleh berkata-kata serta hanya menggunaka­n isyarat mata untuk berkomunik­asi.

Katanya, selepas insiden itu, Sapidah yang bekerja sebagai pekerja am di SMK Tengku Arif Bendahara terpaksa berhenti kerja kerana mahu memberikan tumpuan terhadap rawatan anaknya dengan sembuh.

“Namun

harapan

harapan

kembali

hanya tinggal harapan, apatah lagi SPM hanya tinggal sebulan dan dia masih belum sembuh.

“Bukan berniat untuk menolak takdir namun ibu mana yang sanggup melihat anaknya terus berkeadaan seperti ini yang mana dunianya kini hanya di atas katil,” katanya.

Sapidah berkata demikian ketika menerima kunjungan Pengurus Operasi Pasar raya Econsave Wilayah Selatan Mas Imran Adam yang menyalurka­n sumbangan kali kedua untuk membantuny­a menyara kehidupan keluarga.

Pertengaha­n tahun lalu, dia turut menerima bantuan seperti lampin pakai buang dan susu fomula khas daripada Pasar raya Econsave Kluang.

Sapidah yang kini bergantung harap kepada pendapatan menjual kuih dengan pendapatan RM15 sehari terpaksa berjimat cermat menyediaka­n keperluan harian anaknya.

Katanya, sebelum ini ada pemimpin setempat menyediaka­n kemudahan pengangkut­an untuk anaknya mendapat rawatan susulan di hospital, tetapi kini dia terpaksa menanggung sendiri kos perjalanan itu dan berharap ada pihak sudi membantu mereka.

 ??  ??
 ??  ?? MAS Imran (kanan) menyampaik­an lampin pakai buang kepada Sapidah di kediaman keluargany­a di Kluang.
MAS Imran (kanan) menyampaik­an lampin pakai buang kepada Sapidah di kediaman keluargany­a di Kluang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia