Harian Metro

CAWAN RM2,000

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

Adrian kumpul lebih 1,000 set kopitiam bernilai tinggi

Cawan kopitiam sinonim dengan kafe lama atau kopitiam dan kerana minat, Adrian Ung, 48, mengumpuln­ya sebagai koleksi peribadi.

Adrian berkata, minat itu bermula sejak empat tahun lalu dan masih kekal sehingga sekarang kerana keistimewa­an hobi berkenaan yang membolehka­nnya mengenali sejarah sesuatu jenama kopi atau minuman seperti Milo.

Menurutnya, bagi menambah koleksi cawan kopitiam yang sudah mencecah lebih 1,000 set itu, beliau pernah mencari barangan lama di bangunan terbiar tanpa memikirkan risiko lain.

“Itu terjadi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang di mana saya terjumpa satu bangunan terbiar dan lama dan tanpa memikirkan risiko ular atau benda mistik, saya mula mencari cawan dan seperti dijangka saya menemui satu cawan kedai kopi yang sudah lama ditutup.

“Itu antara kenangan yang sukar dilupakan dan risiko yang perlu ditanggung bagi memastikan koleksi yang unik berada dalam simpanan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kos hobinya itu, Adrian berkata, ada cawan yang dibeli pada harga RM5 manakala yang paling mahal pernah dibelinya bernilai RM2,000.

“Koleksi yang unik dan lama semestinya bernilai tinggi. Cawan kopitiam pun begitu juga. Pengumpul koleksi akan menetapkan harga yang tinggi mahupun sukar untuk menjual koleksi unik dan antik yang ada pada mereka.

“Ada antara cawan ini yang saya beli daripada pengumpul cawan itu sendiri manakala selebihnya dari pasar karat dan kedai barangan terpakai. Ada juga yang pernah dihadiahka­n oleh kawan yang tahu minat saya,” katanya.

Menurutnya, seseorang yang sudah lama mengumpul cawan jenis ini mampu mengenali usia cawan itu sama ada melalui cuping telinga cawan, cop pada piring atau cawan kalau ada tulis Goh Boon Huat, Malaya atau nombor telefon yang bilangan angkanya sedikit saja dan bahagian bawah cawan ataupun punggung cawan di mana selalunya yang lama bentuk bulat berbanding yang baru bersegi.

“Piring cawan kopitiam yang lama pula lebih nipis dan ringan berbanding yang jenis baru agak keras dan berat.

“Paling mudah untuk mengenal pasti corak pada badan cawan dan piring. Sesetengah­nya terdapat tulisan lama atau ejaan lama seperti Chop, chap, minum-lah dan serbok.

“Kebiasaann­ya cawan kopitiam yang unik coraknya biasanya akan ada iklan syarikat, kedai kopi, hotel dan produk susu, minuman dan sebagainya seperti Milkmaid, Alpine, Milo dan lain-lain yang biasanya bernilai tinggi,” katanya.

Mengulas lanjut, Adrian berkata, penilaian untuk setiap cawan kopitiam berbeza kerana banyak faktor menyumbang terhadap pasang surut harga setiap barangan itu.

“Sebagai contoh dalam koleksi saya ada cawan Milo dikeluarka­n sekitar 1950-an. Ia antara item paling bernilai yang saya ada ketika ini. Biasanya semua itu bergantung kepada ‘usia’ yang dilihat pada tulisan mahupun logo.

“Perkara lain membuatkan nilai itu meningkat ialah apabila ada permintaan dalam kalangan pengumpul sendiri yang mencari barangan berkenaan.

“Pengalaman setakat ini saya pernah ditawarkan RM3,000 untuk cawan kopitiam. Kalau ada dua atau tiga, saya tidak teragak-agak untuk jual kerana ia harga menarik, tetapi memikirkan saya hanya ada satu dan hendak mencarinya cukup sukar, saya menolak tawaran itu.

“Seingat saya, saya temui cawan dulu kemudian barulah jumpa piringnya di lokasi pasar karat lain. Boleh saya katakan set cawan ini antara yang paling jarang ditemui dalam koleksi saya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA cawan kopitiam lama yang menjadi koleksi Adrian.
ANTARA cawan kopitiam lama yang menjadi koleksi Adrian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia