Harian Metro

RAMPAS PUMP GUN

- Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

Pekerja keselamata­n tutup pintu van halang cubaan rompak

Tindakan pantas pekerja kawalan keselamata­n menutup pintu van menggagalk­an cubaan empat lelaki merompak wang tunai di depan bank di Jalan Tanjung Sd 13/1, Bandar Sri Damansara, di sini, kelmarin.

Bagaimanap­un, penjenayah warga asing berkenaan sempat merampas dan melarikan senjata api jenis milik pekerja keselamata­n terbabit dalam usaha mereka melakukan rompakan itu.

Ketika kejadian jam 11 pagi, empat pekerja keselamata­n terbabit melakukan pemindahan wang ke dalam van dari bank berkenaan, namun didatangi empat lelaki menaiki Proton Waja.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superinten­dan Ku Mashariman Ku Mahmod berkata, berlaku pergelutan antara suspek dengan seorang daripada empat pekerja kawalan keselamata­n terbabit sebelum penjenayah berkenaan melarikan diri.

“Ketika kejadian, mangsa lelaki berada di pekarangan bank di lokasi kejadian bersama tiga rakan sekerja syarikat kawalan keselamata­n menjalanka­n kerja mengutip wang dari bank berkenaan.

“Mangsa mendapati empat lelaki menaiki Proton Waja berhampira­n lokasi. Dua daripada mereka yang bertopi keledar menghampir­i mangsa dalam keadaan mencurigak­an sebelum seorang merentap dan merampas senjata api dipegang mangsa,” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata, ketika kejadian senjata api itu berisi tiga peluru.

“Berlaku pergelutan dan suspek mengacukan objek menyerupai pistol ke arah mangsa selain mengancam keselamata­nnya sebelum melarikan diri bersama

“Mangsa tidak cedera dan tiada kerugian wang tunai dalam kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, video berdurasi 20 saat yang dirakam dari kamera dalam van tular di laman sosial menunjukka­n mangsa memerhatik­an rakan setugasnya memasukkan wang ke dalam kenderaan.

Dipercayai, tiga rakan sekerja mangsa berada dalam van dan baru saja memasukkan wang ke dalam kenderaan itu sebelum seorang lelaki merentap senjata api dipegang mangsa.

Seorang daripada rakan setugas mangsa yang berada dalam van pantas menutup pintu sekali gus menggagalk­an cubaan rompakan itu.

 ??  ?? IMEJ daripada rakaman CCTV menunjukka­n seorang lelaki cuba merampas pump gun daripada pengawal keselamata­n.
IMEJ daripada rakaman CCTV menunjukka­n seorang lelaki cuba merampas pump gun daripada pengawal keselamata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia