Harian Metro

99 INDIVIDU DITAHAN

- Fazrik Kamarudin, Teoh Pei Ying and Husna Alias cnews@nstp.com.my

„ Lelaki bergelar Datuk Seri antara ditahan terbabit sindiket Macau Scam di KL Sentral

Lelaki bergelar Datuk Seri antara 99 individu ditahan dalam serbuan polis kelmarin kerana disyaki terbabit sindiket Macau Scam yang mengaut keuntungan lebih RM50,000 sebulan.

Serbuan di Jalan Stesen Sentral, KL Sentral di sini, jam 1.40 petang itu diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.

Polis mendapati sindiket yang beroperasi sebagai pusat panggilan itu menjadikan bangunan pejabat mewah sebagai markas untuk menawarkan pelaburan kepada pelanggan di China.

Amar Singh berkata, seramai 99 individu berusia 14 hingga 44 tahun membabitka­n 78 lelaki serta 21 wanita yang bekerja di pusat panggilan itu ditahan termasuk seorang lelaki bergelar Datuk Seri.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 93 adalah warga China dan enam warga tempatan.

“Ketika serbuan, semua suspek sedang membuat panggilan menawarkan perkhidmat­an pelaburan saham kepada pelanggan warga China yang menjanjika­n pulangan lumayan.

“Siasatan awal mendapati sindiket ini memperoleh keuntungan lebih RM50,000 sebulan, mereka menjadikan Malaysia sebagai pusat kegiatan kerana wujudnya kebocoran data peribadi selain adanya penggunaan

(VOIP) bagi mengendali­kan panggilan luar negara,” katanya dalam sidang media di Menara KPJ, di sini, semalam.

Beliau berkata, antara barang milik sindiket terbabit yang dirampas adalah telefon bimbit (169 unit), komputer riba (114 unit), buku catatan (19 unit), pasport (16 keping) dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.

“Sindiket yang mensasarka­n kebanyakan mangsa warga China ini tidak beroperasi pada satu tempat saja bagi menyukarka­n kegiatan mereka dikesan.

“Suspek akan memperdaya mangsa membeli saham yang kononnya diyakini memberi keuntungan dalam masa singkat.

“Semua suspek masih direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966,” katanya.

 ??  ?? AMAR Singh (tiga dari kiri) menunjukka­n hasil rampasan dalam serbuan ke atas sindiket Macau Scam.
AMAR Singh (tiga dari kiri) menunjukka­n hasil rampasan dalam serbuan ke atas sindiket Macau Scam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia