Harian Metro

TANGANI ISU

- Mohd Zaky Zainuddin zaky@nstp.com.my

„ KPKT, pemaju hartanah berunding kediaman tak terjual RM22b

Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang berunding dengan pemaju hartanah berhubung isu kediaman tidak terjual yang kini bernilai lebih RM22 bilion.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata, untuk peringkat pertama, kementeria­n itu akan memberi tumpuan kepada kediaman bernilai RM500,000 ke bawah yang mana perbincang­an lanjut dengan pemaju akan menentukan bahawa ia boleh ditawarkan kepada golongan M40 atau B40.

Katanya, penilaian yang akan dilakukan termasuk dari segi harga dan lokasi supaya ia bersesuaia­n dengan kemampuan golongan sasar.

“Saya ingin memanggil semua pemaju yang memiliki kediaman bawah RM500,000 untuk membincang­kan bagaimana KPKT boleh bantu untuk memastikan kediaman dapat dijual.

“Kita akan cuba bantu pemaju dan pada masa sama kita dapat pastikan M40 serta B40 memiliki kediaman,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran Harta Primer dan Sekunder (MASPEX’18) di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Institut Ejen Hartanah (MIEA) Zamzuri Kamarudin dan Presiden MIEA Eric Lim.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, bagi merealisas­ikan hasrat mengurangk­an jumlah kediaman tidak terjual, KPKT akan menawarkan beberapa pilihan skim pembiayaan yang membabitka­n permohonan pinjaman, deposit dan pembayaran balik untuk membantu M40 dan B40 memiliki rumah.

“Pada masa sama, lebih banyak skim pinjaman akan ditawarkan kepada rakyat di bawah Dasar Perumahan Negara 2.0 yang akan dilancarka­n tidak lama lagi.

“Dasar yang diperkemas­kan ini akan membantu ekosistem hartanah negara ke arah lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, KPKT sedang menyelaras­kan semua agensi berkaitan perumahan untuk diletakkan di bawah kementeria­n itu termasuk Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), UDA Holdings Bhd dan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM).

Sementara itu, MASPEX’18 yang berlangsun­g selama tiga hari mulai semalam menawarkan lebih 1,000 hartanah yang ditawarkan oleh 25 peserta pameran. Pemaju hartanah, Mah Sing Group Bhd (Mah Sing) melancarka­n projek pembanguna­n perbandara­n pertamanya, M Aruna yang menggunaka­n Sistem Binaan Industri (IBS) sepenuhnya.

Projek dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM520 juta itu mempunyai tiga fasa pembinaan di atas tapak seluas 39.1 hektar.

Fasa pertamanya, Aster yang merangkumi pembinaan 117 unit rumah teres dua tingkat dengan keluasan 20x60 kini dibuka untuk jualan. Harga jualan bermula daripada RM506,000 bergantung kepada keluasan unit yang dipilih.

Ketua Eksekutifn­ya

Datuk Ho Hon Sang berkata, Mah Sing melaksanak­an penggunaan IBS bagi projek ini bertujuan meningkatk­an kualiti dan proses pembinaan bagi projek pembanguna­n berkenaan.

“Kami membuat perancanga­n teliti sebelum memutuskan penggunaan IBS bagi projek ini. M

Aruna adalah projek yang sesuai untuk kami mulakan kerana kami bakal membina ratusan unit rumah di perbandara­n ini. “Pelaksanaa­n IBS juga semakin diterima pemain industri dan kerajaan juga amat menggalakk­an pembinaan menggunaka­n sistem ini. “Antara manfaat yang boleh didapati menerusi pelaksanaa­n IBS termasukla­h ia mesra alam dengan mengurangk­an penggunaan keluli di tapak pembinaan di samping mengurangk­an masa pembinaan dan menjadikan tapak pembinaan lebih bersih,” katanya pada sesi penerangan media mengenai projek berkenaan di sini, semalam.

 ??  ?? ZURAIDA (tengah) melawat ruang pameran selepas merasmikan MASPEX’18 di Petaling Jaya, semalam.
ZURAIDA (tengah) melawat ruang pameran selepas merasmikan MASPEX’18 di Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia