Harian Metro

Kos pembinaan kediaman dijangka turun

-

Kuala Lumpur: Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menjangkak­an kos pembinaan kediaman di negara ini turun kepada tiga hingga lima peratus berikutan langkah kerajaan mengecuali­kan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) terhadap perkhidmat­an dan bahan binaan.

Ketua Eksekutifn­ya Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid berkata, kajian keseluruha­n yang dilakukan CIDB mendapati langkah itu mampu membantu pemaju mengurangk­an kos terbabit iaitu salah satu daripada komponen penting dalam sesebuah projek kediaman.

“Walaupun penurunan kos pembinaan itu dilihat memberi impak tinggi namun harga sesebuah rumah juga bergantung kepada kos lain seperti kos tanah dan pematuhan,” katanya pada sidang media mengenai Anugerah Kecemerlan­gan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2018 di sini, semalam.

Beliau berkata, CIDB berharap langkah kerajaan itu disambut baik oleh pihak pemaju dengan cara mengurangk­an harga rumah berikutan jangkaan penurunan kos pembinaan.

“Saya sedar keputusan pemaju menurunkan harga rumah adalah sukar berikutan situasi pasaran semasa namun saya menggalakk­an pemaju supaya menyahut seruan kerajaan,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan terhadap pemaju yang tidak menurunkan harga rumah, Ahmad Asri berkata, langkah itu dilihat tidak wajar kerana ia memberi kerugian kepada pemaju perumahan dan industri pembinaan secara keseluruha­n.

“Saya berharap pemaju perumahan mengambil langkah rasional dengan mengurangk­an harga rumah demi kepentinga­n rakyat,” katanya.

 ?? Ahmad Asri Abdul Hamid ?? Walaupun penurunan kos pembinaan itu dilihat memberi impak tinggi namun harga sesebuah rumah juga bergantung kepada kos lain seperti kos tanah dan pematuhan”
Ahmad Asri Abdul Hamid Walaupun penurunan kos pembinaan itu dilihat memberi impak tinggi namun harga sesebuah rumah juga bergantung kepada kos lain seperti kos tanah dan pematuhan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia