Harian Metro

11street, Boost sedia khidmat pembayaran menerusi e-dompet PROMOSI HARGA ‘RANAP’

- Noriza Sainal am@hmetro.com.my

11street, pasaran dalam talian terkemuka di Malaysia memperkuku­hkan kedudukan di negara ini menerusi penembusan pasaran pembayaran tanpa tunai dengan kerjasama dengan Boost iaitu dompet gaya hidup mudah alih.

Kerjasama itu membolehka­n pelanggan membayar menerusi laman web atau mudah alih dengan lebih mudah serta selamat melalui kod QR dan kemasukan nombor PIN pada platform e-dagang.

Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Cheong Chia Chou berkata, kerjasama itu adalah usaha syarikat menjadi pasaran dalam talian di Malaysia yang menggabung­kan kedua-dua aplikasi mudah alih

(mobil) dan web untuk pembayaran menerusi e-dompet.

Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Christophe­r Tiffin berkata, kerjasama strategik antara Boost dan 11street diharap menawarkan pelanggan pengalaman membeli-belah yang baik.

Jakel Trading Sdn Bhd mengadakan Jualan Jumbo Jakel dengan harga ‘ranap’ di semua cawanganny­a bermula 24 September hingga 15 Oktober depan.

Pengarah Urusannya Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, tawaran itu adalah yang terendah pernah ditawarkan gedung tekstil itu dengan harga bermula dari RM1.90 semeter.

Katanya, ini adalah masa terbaik untuk pelanggan mendapatka­n kain yang diidamkan pada harga rendah khususnya dalam keadaan ekonomi mencabar ketika ini.

“Jualan Jumbo ini bertepatan dengan keadaan semasa memandangk­an pelanggan kini teragak-agak untuk berbelanja.

“Melalui kempen ini, kami menawarkan beberapa promosi seperti Beli Satu Percuma Satu, Dua Pasang RM100 dan Tiga Pasang RM100 serta potongan serendah 30 peratus sehingga 50 peratus untuk fabrik sutera Itali dan Korea, Italian Silk dan Korean Silk,” katanya di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, mereka yang bakal bergelar Raja Sehari perlu merebut peluang ini kerana pihaknya turut menawarkan potongan harga istimewa untuk fabrik mewah.

“Fabrik pengantin serta keluarga pengantin turut ditawarkan dalam promosi kali ini dan bakal raja sehari boleh mendapatka­n pakej fabrik untuk pengantin lelaki dan perempuan hanya RM119.

“Pelanggan

juga

boleh mendapatka­n khidmat nasihat dan rundingan secara percuma ketika memilih fabrik bersesuaia­n,” katanya.

Mohamed Faroz berkata, fabrik ditawarkan adalah daripada koleksi terkini dan jualan diadakan bukan untuk menghabisk­an koleksi lama.

“Tidak timbul isu koleksi lama kerana apa yang kami tawarkan adalah daripada koleksi terbaru diimport pada Ogos lalu,” katanya.

Menurutnya, pihaknya akan membuka cawangan baru di Miri, Sarawak pada hujung tahun ini yang bukan saja menyasarka­n pelanggan di lokasi terbabit, malah meliputi pelanggan dari Brunei.

„ Jualan Jumbo Jakel tawar kain bermula RM1.90 semeter

 ??  ?? MOHAMED Faroz (kanan) melayan pelanggan yang mengunjung­i cawangan Jakel.
MOHAMED Faroz (kanan) melayan pelanggan yang mengunjung­i cawangan Jakel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia