Harian Metro

Berang mayat ibu digigit tikus

-

Ohio: Keluarga seorang wanita membuat laporan polis serta mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah syarikat pengebumia­n di sini, selepas mendapati mayat ibu mereka yang mati akibat barah, teruk digigit tikus.

Anak wanita itu, Tommy Clark-Harp, mengupah Lafferty Funeral Home untuk mengawet mayat ibunya, Donna Pence yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada Julai lalu.

Menurut Daily Mail yang memetik FOX 19, Clark-Harp berkata, dia dan keluarga berang apabila mendapati mayat yang diserahkan semula kira-kira 11 hari kemudian, tiada sebahagian cuping telinga selain kesan lecur pada kaki kiri serta kulit jari kaki tertanggal.

Menurutnya, mereka percaya, kesan gigitan yang ditinggalk­an itu adalah dilakukan haiwan.

“Keadaan mayat amat teruk. Telinga kelihatan digigit dan ada kesan gigi. Saya rasa ia mungkin disebabkan tikus.

“Terdapat juga tanda gigit pada leher. Ia mengingatk­an pengalaman saya waktu kecil yang pernah digigit tikus dan kesan gigitan itu sama seperti pada telinga dan jari kaki mayat ibu,” katanya.

Sementara itu, wanita yang diupah rumah pengebumia­n bagi mengawet mayat terbabit, Chrissa Shelly, mendakwa dia menarik telinga mayat itu beberapa kali untuk memastikan cecair pengawet diserap dengan baik.

Chrissa memberitah­u polis, ada ketika dia terpaksa menarik cuping telinga dan mungkin ia tertanggal disebabkan rawatan kemoterapi Donna.

Namun, pengurusan rumah pengebumia­n itu memohon maaf kepada keluarga terbabit dan menawarkan potongan separuh harga bagi batu nesan, namun keluarga itu tidak berpuas hati. Agensi

 ??  ?? KESAN gigitan dipercayai tikus pada telinga dan jari kaki. - Agensi
KESAN gigitan dipercayai tikus pada telinga dan jari kaki. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia