Harian Metro

Cabar Israel benarkan senjata nuklear diperiksa

-

Teheran/New York: Iran menafikan tuduhan Israel bahawa ia mempunyai gudang sulit menyimpan bahan atom seperti didakwa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ketika berucap di Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif, melalui Twitter berkata: “Tiada lukisan atau hasil seni yang dapat menunjukka­n dengan jelas bahawa Israel satu-satunya regim di rantau kita ada ‘rahsia’ dan program senjata nuklear yang tidak pernah diisytihar­kan.

Menurutnya, sudah tiba masa untuk Israel membuka program haram senjata nuklearnya kepada pemeriksa antarabang­sa.

“Bagaimana Israel, satu-satunya negara memiliki senjata nuklear di Asia Barat tanpa malu menuduh negara yang program nuklearnya sudah disahkan IAEA sebagai program aman?” kata Zarif yang dilaporkan agensi berita rasmi Iran, IRNA.

Netanyahu sambil memegang peta dan gambar ketika ucapannya berkata, peta serta gambar itu adalah kemudahan samaran Iran yang didakwanya gudang simpanan bahan senjata nuklear.

“Hari ini, saya buat kali pertama mendedahka­n Iran mempunyai satu lagi kemudahan di Teheran, gudang sulit bahan atom bagi menyimpan sejumlah besar peralatan serta bahan program senjata nuklear Iran.

“Iran tidak pernah membiarkan begitu saja matlamatny­a untuk membangunk­an senjata nuklear.

“Israel tidak akan membenarka­n rejim yang mahu memusnahka­n kami untuk membangunk­an senjata nuklear.

“Israel akan melakukan apa saja yang diperlukan untuk mempertaha­nkan negaranya daripada penceroboh­an Iran.

“Apa saja yang Iran cuba sembunyika­n, Israel pasti menjumpain­ya,” katanya. Agensi kerana kehilangan negara.

Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi, yang mempengeru­sikan mesyuarat krisis kewangan UNRWA sempena Perhimpuna­n Agung PBB di New York berkata, perbincang­an sedang berjalan bagi memastikan bantuan berterusan kepada agensi itu.

Amerika turut menghentik­an bantuan AS$200 juta (RM827 juta) untuk projek Palestin di Tebing Barat dan Gaza yang kebanyakan­nya digunakan untuk membiayai bahan api bekalan elektrik, hospital dan sekolah.

Dalam ucapannya di perhimpuna­n itu, Trump berkata, Amerika hanya memberi bantuan kepada ‘mereka yang menghormat­i dan menjadi rakan kami’. AFP

 ??  ?? NETANYAHU menyampaik­an ucapan pada Perhimpuna­n Agung di PBB di New York.
- AFP
NETANYAHU menyampaik­an ucapan pada Perhimpuna­n Agung di PBB di New York. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia