Harian Metro

UNRWA terima sumbangan RM488 juta

-

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, New York: Agensi pelarian Palestin, UNRWA, menerima sumbangan AS$118 juta (RM488 juta) kelmarin, bagi membantu krisis kewanganny­a selepas Amerika Syarikat menghentik­an semua bantuan kepada badan itu.

Pesuruhjay­a Besar UNRWA, Pierre Kraehenbue­hl berkata, antara negara penyumbang terbesar ialah Kuwait dan Kesatuan Eropah (EU) bersama Jerman, Ireland dan Norway, manakala Perancis akan memberi sumbangann­ya tahun depan.

Ogos lalu, Amerika sebagai penyumbang terbesar UNRWA sebelum ini, mengumumka­n ia tidak lagi memberi sumbangan kewangan kepada agensi itu selepas Presiden Donald Trump menyatakan Palestin tidak bersyukur dengan bantuan selama ini.

Menurut Kraehenbue­hl, sumbangan terbaru itu amat penting kepada UNRWA mengatasi masalah kewanganny­a yang meruncing dan bajet tahun agensi berkenaan menunjukka­n ia masih kekurangan AS$68 juta (RM281 juta)

Pentadbira­n Trump menyokong tuduhan Israel bahawa UNRWA menyemarak­kan konflik di Asia Barat dengan mengekalka­n jutaan penduduk Palestin sebagai pelarian yang berhak kembali ke tanah air mereka yang dirampas Israel.

UNRWA yang ditubuhkan pada 1949, membekalka­n bantuan sehingga lima juta pelarian Palestin di Jordan, Lubnan, Syria dan wilayah Palestin yang masih ada.

Sebelum ini, masyarakat antarabang­sa termasuk Amerika bersetuju bantuan perlu diberi kepada pelarian Palestin bagi mengekalka­n keamanan, selain sebagai pampasan secara tidak langsung

 ??  ?? KANAK-KANAK Palestin membantah di hadapan sekolah yang ditadbir oleh Badan Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) dan dibiayai oleh bantuan AS, di kem pelarian Balata dekat Nablus di Tebing Barat. - AFP
KANAK-KANAK Palestin membantah di hadapan sekolah yang ditadbir oleh Badan Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) dan dibiayai oleh bantuan AS, di kem pelarian Balata dekat Nablus di Tebing Barat. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia