Harian Metro

DUA TERBUNUH, 47 SELAMAT

- Agensi

Dua terbunuh, dua lagi cedera parah, manakala sekumpulan 47 penumpang terselamat dalam dua nahas pesawat berasingan di Amerika Syarikat dan Australia semalam, dengan sebuah daripada pesawat itu terputus dua.

Dalam kejadian di Carolina Selatan semalam, dua juruterban­g sebuah pesawat peribadi terbunuh, manakala dua penumpang cedera parah selepas jet berkenaan terbabas dari landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Greenville Downtown sebelum merempuh pagar menyebabka­n ia putus dua.

Menurut laporan media tempatan, Jabatan Polis Greenville menyatakan pesawat itu dipandu dua juruterban­g terbabit, manakala penumpang hanya pasangan berkenaan yang dilaporkan kritikal.

Jurucakap polis, Donnie Porter berkata, pihaknya tidak pasti kenapa pesawat itu terbabas dari landasan, melalui padang sejauh 60 meter sebelum turun tebing dan tersadai di jalan raya.

Sementara itu di Sydney, Reuters melaporkan 47 penumpang dan anak kapal syarikat penerbanga­n Air Niugini terselamat selepas pesawat dinaiki mereka terhempas di laut berhampira­n lapangan terbang di sebuah pulau kecil di Micronesia, selatan Lautan Pasifik ketika mendarat.

Difahamkan pesawat Boeing 737-800 itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Narita, Tokyo, Jepun, ke Port Moresby di Papua New Guinea, sebelum transit di Chuuk, Micronesia.

Pengurus Besar Lapangan Terbang Chuuk di Micronesia, Jimmy Emilio berkata, pesawat itu terhempas di sebuah lagun yang mengelilin­gi pulau kecil itu pada jam 9.30 pagi (waktu tempatan).

“Pesawat itu sepatutnya berjaya mendarat tetapi ia terbabas sejauh 137 meter dan terhempas di laut.

“Semua 36 penumpang dan 11 anak kapal berjaya diselamatk­an, hanya pesawat yang karam,” katanya.

„ Dua nahas pesawat berasingan di Amerika Syarikat

dan Australia dengan sebuah pesawat terputus dua

 ??  ?? JET persendiri­an yang terputus dua di Carolina Selatan. - Agensi
JET persendiri­an yang terputus dua di Carolina Selatan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia