Harian Metro

MISI LAKAR KEJUTAN

„ SM Nasaruddin yakin atlet para lain mampu sumbang pingat seperti tiga tonggak utama

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

Selain Abdul Latif Romly, Ziyad Zolkefli dan Ridzuan Puzi, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) percaya atlet lain mampu melakukan kejutan pada Sukan Para Asia Jakarta 2018 dari 6 hingga 13 Oktober ini.

Presidenny­a, SM Nasaruddin SM Nasimuddin berkata, rakyat Malaysia harus menunggu kejutan berkenaan yang dijangka membabitka­n atlet daripada acara tenpin boling dan berbasikal.

“Sebenarnya jika setiap atlet berada pada zon yang betul, sentiasa bermotivas­i, mereka mampu untuk meraih kejayaan,” katanya selepas menerima sumbangan syarikat korporat untuk kontinjen negara di Pusat Kecemerlan­gan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan semalam.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ujarnya, Latif, Ziyad dan Ridzuan yang juga pemenang emas Sukan Olimpik Rio 2016 boleh dilabel sebagai tonggak kontinjen negara.

“Mereka mampu memberikan semangat luar biasa kepada atlet lain untuk bersama-sama mencipta kejayaan di sana. Saya harap semua rakyat Malaysia sentiasa memberi sokongan kepada atlet negara kita.

“Buat masa sekarang persiapan mereka berjalan lancar dengan kerjasama yang diberikan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). MSN

dan ISN sentiasa memastikan atlet negara bersedia pada bila-bila masa,” katanya.

Dalam pada itu, SM Nasaruddin berbesar hati dengan sumbangan yang diberikan oleh beberapa syarikat korporat dengan jumlah keseluruha­n yang terkumpul ialah RM300,000.

“Saya berharap dengan sumbangan yang diberikan oleh sembilan syarikat korporat ini bakal membuka mata penaja lain untuk turut serta. Sudah semestinya semua ini disebabkan dengan kejayaan yang dicapai di Sukan Paralimpik dan Kejohanan Dunia,” katanya.

 ??  ?? ZIYAD
LATIF
RIDZUAN
ZIYAD LATIF RIDZUAN
 ?? FOTO: MAHZIR MAT ISA ?? SYED Saddiq (tengah) dan SM Nasarudin (berdiri tengah, empat dari kiri) bergambar bersama sebahagian atlet Sukan Para Asia Indonesia 2018.
FOTO: MAHZIR MAT ISA SYED Saddiq (tengah) dan SM Nasarudin (berdiri tengah, empat dari kiri) bergambar bersama sebahagian atlet Sukan Para Asia Indonesia 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia