Harian Metro

KELANA TAJAM SKIL

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

„ Pemain tunjuk peningkata­n beraksi bersama kelab Eropah

Pencapaian positif tujuh pemain skuad hoki wanita negara yang beraksi bersama kelab Eropah nyata memuaskan hati ketua jurulatih negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah.

Meskipun baru beberapa perlawanan, Dhaarma menyifatka­n setiap pemain terbabit sudah dapat mempamerka­n permainan cemerlang dan tidak menjadikan faktor persekitar­an sebagai alasan untuk mereka kurang menyerlah.

Tujuh pemain itu ialah Raja Sharina Raja Shabuddin, Surizan Awang Noh dan Nuraslinda di Glasgow, Scotland mewakili pasukan Uddingston, sementara Hanis Nadiah Onn dan Wan Norfaiezah Saiuti bersama Wespen Zehlendorf­er yang bersaing dalam saingan utama Liga Jerman.

Nuraini Rashid dan Fatin Syafika Mahd Sukri pula beraksi untuk pasukan Butterfly Roma HCC di Liga Itali.

“Ada antara mereka seperti Hanis Nadiah sudah berjaya menyumbang gol kepada pasukan.

“Mereka bukan saja belajar bagaimana untuk beraksi dengan pasukan Eropah, tetapi menambahka­n kekuatan mental apabila berdepan situasi sukar seperti kekalahan.

“Inilah pengalaman yang paling bermakna kepada mereka agar dapat dimanfaatk­an apabila pulang bersama skuad kebangsaan,” katanya.

Dhaarma juga mengakui tertunggu-tunggu aksi seorang lagi pemain iaitu penjaga gol terbaik Asia, Farah Ayuni Yahya bersama pasukan East Grinstead HC yang beraksi dalam Liga Premier England.

Grinstead dijangka bertemu Beeston pada perlawanan kedua liga hari ini dan ia mungkin menjadi pengalaman pertama untuk Farah sekiranya diturunkan.

“Saya memang menanti-nantikan aksi Farah kerana kelab yang diwakiliny­a adalah antara kelab yang terbaik apabila menamatkan saingan di kedudukan empat terbaik liga musim lalu.

“Kelab itu juga dibarisi beberapa pemain kebangsaan England. Adalah satu penghormat­an untuk Farah sekiranya dia diturunkan esok (hari ini),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia