Harian Metro

PSM tunggu arahan berhubung laksana fasa kedua KLSC

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) masih menanti arahan lanjut berhubung pelaksanaa­n fasa kedua Kuala Lumpur Sports City (KLSC) di Bukit Jalil.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PSM, Azman Fahmi Osman menjelaska­n, fasa kedua projek berkenaan sepatutnya bermula selepas berakhirny­a Sukan SEA 2017.

“Mengikut kontrak, fasa kedua akan siap penghujung 2020 namun kini kita menanti arahan terbaru KBS...kos semakin lama, makin meningkat. Ia aspek yang perlu diteliti bagi memastikan ia membawa kebaikan kepada PSM dan rakyat.

“Kelewatan berlaku kerana

(gambar)

pilihan raya dan berlaku pertukaran kerajaan. Sekarang adalah masa untuk semua pihak duduk bersama bagi membincang­kan hala tuju fasa kedua KLSC,” jelasnya.

Malaysian Resources Corporatio­n Bhd (Bhd) mengendali­kan projek dengan nilai keseluruha­n RM1.6 bilion dengan fasa satu bermula Januari 2016 hingga Jun 2017.

Manakala fasa kedua sepatutnya bermula dari Januari tahun ini sehingga Disember 2020.

Tambahnya, fasa kedua KLSC seharusnya membantu dalam aspek kewangan PSM yang mengalami kerugian RM11 juta.

“Fasa kedua akan mempunyai pusat beli-belah, hotel, pusat pameran, muzium sukan, ruang pejabat dan sebagainya. Ia bersifat komersil,” jelasnya.

Pada masa sama beliau menyambut baik pelantikan Tan Sri Tony Fernandes sebagai Pengerusi PSM serta tidak sabar bekerjasam­a dengan tokoh korporat itu.

“Kami berharap beliau akan membantu PSM dalam aspek pengurusan fasiliti dan pengkomers­ilan. Beliau mempunyai pengalaman menguruska­n stadium Queens Park Rangers, jadi idea di sana mungkin boleh dilaksanak­an di sini,” katanya.

Beliau optimis perancanga­n PSM untuk berdikari sepenuhnya menjelang 2020 mampu dicapai selepas setiap tahun mereka menerima geran yang berkuranga­n dari KBS.

“Kami menerima RM8 juta pada 2017 berbanding RM11.8 juta pada tahun sebelumnya. Jadi kami berharap kehadiran Tony akan memberikan idea baru bagi mencapai kedudukan kewangan yang stabil tanpa bantuan kerajaan,” tambahnya.

 ??  ?? FASA kedua KLSC bakal siap 2020.
FASA kedua KLSC bakal siap 2020.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia