Harian Metro

PELUANG 50-50

-

„ Hamilton akui bakal berdepan misi sukar memburu kejuaraan di GP Russia

Pendahulu keseluruha­n Formula Satu (F1), Lewis Hamilton kembali memberi fokus kepada perlumbaan dengan kelebihan 40 mata di Grand Prix (GP) Russia hujung minggu ini selepas bercuti bersama penyanyi rap Amerika Syarikat, Nicki Minaj di Dubai.

Pelumba berusia 33 tahun itu, yang bersaing dengan Sebastian Vettel dari Ferrari bagi memburu kejuaraan ke- lima, enggan mengulas mengenai peluangnya ketika ditanya wartawan dan mengakui bakal berdepan halangan sukar.

“Saya tidak akan memikirkan­nya jika peluang itu masih lagi 50-50. Saya lebih senang jika bercakap mengenai kejayaan yang mampu digenggam dengan kedua-dua belah tangan. Jadi, ia sama seperti perlumbaan terakhir sebelum ini, di mana saya hanya tumpu satu demi satu perlumbaan.

“Saingan masih lagi panjang, banyak lagi peluang untuk sesiapa saja meraih mata. Enam perlumbaan lagi yang perlu dilalui.

“Kami tetap menghormat­i pencabar lain, malah semua orang dalam pasukanbek­erja keras untuk memperting­katkan kemampuan jentera dan kami bakal berdepan cabaran berbeza dalam setiap perlumbaan.

“Tugas, sasaran dan pendekatan yang kami gunakan tetap sama,” kata pelumba Mercedes itu.

Ramai pemerhati berpendapa­t kejayaan

Hamilton di

Singapura memberi satu ancaman buat Vettel dan Ferrari, dengan dia hanya memerlukan tiga lagi kemenangan serta satu penamat podium untuk mengekalka­n kejuaraan musim ini.

Pada

masa

sama, Hamilton mengakui dia sangat berbangga dengan kemampuan yang diberikan seluruh pasukannya tahun ini.

Pemenang pingat gangsa Olimpik Rio dan juara dunia 2017 Axelsen merosot ke tangga ketiga di belakang pemain China, Shi Yuqi selepas senarai terkini ranking pemain dikeluarka­n hari ini.

Momota digantung pada April 2016 selepas mengunjung­i kasino haram dan terlepas aksi Olimpik sebelum menyertai

Terbuka Kanada pada Julai tahun lalu.

Pemain berusia 24 tahun itu tidak menunggu lama untuk menggegark­an arena badminton dunia apabila menang dua kejuaraan berturut-turut pada Mac dan April tahun ini sebelum tewas kepada Lee Chong Wei pada final Terbuka Malaysia.

Dia menewaskan Axelsen pada final Terbuka Indonesia pada Julai lalu dan menjuarai perseorang­an lelaki Kejohanan Dunia di Nanjing selepas itu.

Momota turut menjuarai Terbuka Jepun awal bulan ini tetapi tewas mengejut kepada pemain Indonesia Anthony Sinisuka Ginting di Terbuka China minggu lalu, kali kedua dia kalah kepada pemain sama selepas tewas di Sukan Asia Jakarta. Reuters

 ??  ?? HAMILTON bersama Nicki.
HAMILTON bersama Nicki.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia