Harian Metro

Nama Serena tercicir di Terbuka China

-

Beijing: Bintang tenis Amerika Syarikat (AS) Serena William tercicir daripada undian Terbuka China semalam selepas laporan menyatakan dia mahu berehat selepas berlaku insiden pertelagah­an di Terbuka AS.

Nama Serena dan kakaknya Venus tidak tersenarai dalam kalangan 64 pemain yang akan membuka tirai di Beijing hari ini.

Tiga minggu lalu pada aksi tegang di final Terbuka AS, Serena berang dengan keputusan pengadil yang menyaksika­n dia tewas 6-2, 6-4 kepada bintang baru Jepun Naomi Osaka.

Dia yang mendapat amaran daripada pengadil kemudian menghempas­kan raket dan dipotong mata.

Bagaimanap­un, Serena berkata dia mahu melupakan insiden itu tetapi tetap berpendapa­t pemain wanita masih

(gambar)

dipandang sinis berbanding pemain lelaki.

“Pada masa sekarang seperti sudah terbukti kami tidak berada dalam kedudukan sama,” kata Serena kepada Australia Channel Ten.

Laporan dari Amerika Syarikat menyatakan kempen Serena musim ini sudah berakhir, sekali gus empat tahun berturut-turut menamatkan aksinya lebih awal walaupun pada 2017 dia berehat seketika selepas menjadi ibu.

Pada 2016 dia tidak bermain lagi selepas Terbuka AS dengan kecederaan bahu menjadi alasan dan pada 2015 dia berehat selepas hampir gagal menjuarai empat kejuaraan utama pada tahun yang sama selepas tewas kepada

Roberta Vincci di New York. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia