Harian Metro

BLUES MULA TUNJUK TARING

- AFP

London

Diperkuat pemain terbaik Liga Perdana Inggeris, Eden Hazard dan permulaan tanpa kalah di bawah pengendali baharu Maurizio Sarri, Chelsea menampilka­n kejutan sebagai pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris menjelang pertemuan dengan pendahulu liga Liverpool awal pagi esok.

Ketika musim panas yang kecoh di Stamford Bridge, Sarri diumumkan sebagai pengganti Antonio Conte hanya sebulan sebelum musim baharu bermula, penjaga gol terbaik FIFA Thibaut Courtois menghilang­kan diri untuk memaksa perpindaha­nnya ke Real Madrid dan

Hazard turut menyatakan minatnya menyertai kelab gergasi

Sepanyol

Namun, daripada terus tercicir selepas menamatkan saingan di tangga keenam musim lalu, 30 mata di belakang juara Manchester City,

Chelsea memintas Manchester United, Tottenham dan

Arsenal untuk bersama-sama City mengejar pendahulu liga Liverpool yang hanya dibezakan dua mata.

Permulaan mudah menentang

Huddersfie­ld, Arsenal, Newcastle, Bournemout­h, Cardiff dan West

Ham dalam enam perlawanan pertama liga musim ini membantu Sarri menyesuaik­an diri di Stamford Bridge.

Bagaimanap­un, ujian sebenar impian kejuaraan Chelsea musim ini bergantung kepada keputusan daripada kunjungan Liverpool awal pagi esok yang cuba melebarkan rekod permulaan 100 peratus Liga Perdana.

Sarri berulang kali menegaskan yang skuad kendaliann­ya masih belum layak dibandingk­an dengan City

atau Liverpool yang berada pada musim ketiga di bawah kendalian Guardiola dan Juergen Klopp.

“Kami mula kerja bersama 40 hari lalu. Jadi, bagi kami ia masih terlalu awal,” kata Sarri. “Kami perlu bekerja keras, membaiki kelemahan dan mungkin dalam satu tahun, kami akan berada di tahap sama dengan Liverpool.”

Bagaimanap­un, transfomas­i gaya permainan Chelsea daripada pendekatan berhati-hati Antonio Conte kepada pasukan yang memperdaya­kan lawan dengan penguasaan bola yang hebat, justeru sukar untuk menafikan peluang muncul juara.

“Perubahan terbesar pernah saya saksikan dalam tempoh singkat. Wow. Gaya benar-benar berbeza. Secara ju-

„ Chelsea pamer peningkata­n di bawah kendalian Sarri

 ?? Maurizio Sarri ?? Kami perlu bekerja keras, membaiki kelemahan dan mungkin dalam satu tahun, kami akan berada di tahap sama dengan Liverpool” HAZARD (dua dari kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika menentang Liverpool, Rabu lalu.
Maurizio Sarri Kami perlu bekerja keras, membaiki kelemahan dan mungkin dalam satu tahun, kami akan berada di tahap sama dengan Liverpool” HAZARD (dua dari kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika menentang Liverpool, Rabu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia